Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Russia bedil hebat beberapa bandar Ukraine

Dec 27, 2022 | 05:30 AM



KVIV (Ukraine): Tentera Russia mengebom hebat beberapa bandar di Ukraine pada Hari Krismas sedang Presiden Russia, Encik Vladimir Putin, berkata beliau terbuka kepada rundingan, pendirian yang ditolak Washington kerana serangan berterusan Russia.



Russia kelmarin melancarkan lebih 10 serangan roket ke atas daerah Kupiansk di wilayah Kharkiv, membedil lebih 25 bandar di sepanjang barisan depan Kupiansk-Lyman, dan di Zaporizhzhia pula hampir 20 bandar diserang, kata komand tertinggi tentera Ukraine.



Kementerian pertahanan Russia menyatakan bahawa ia telah membunuh kira-kira 60 askar Ukraine pada Sabtu di sepanjang barisan depan perang Kupiansk-Lyman dan memusnahkan banyak peralatan tentera Ukraine. Reuters tidak dapat mengesahkan laporan itu secara bebas.



Pencerobohan Encik Putin pada 24 Februari lalu ke atas Ukraine - yang Moscow panggil sebagai "operasi ketenteraan khas" - telah mencetuskan konflik Eropah terbesar sejak Perang Dunia Kedua dan konfrontasi antara Moscow dengan kuasa Barat sejak Krisis Peluru Berpandu Cuba 1962.



Walaupun ada tawaran terbaru Encik Putin untuk berunding, konflik selama 10 bulan itu belum nampak ada kesudahan.



"Kami bersedia berunding dengan semua orang yang terlibat mengenai penyelesaian yang boleh diterima, tetapi ini terpulang kepada mereka - kami bukan orang yang enggan berunding, merekalah," kata Encik Putin kepada televisyen negaranya Rossiya 1 dalam satu temu bual yang disiarkan kelmarin.



Seorang penasihat kepada Presiden Ukraine, Encik Volodymyr Zelensky, berkata Encik Putin perlu kembali kepada realiti dan mengakui Russia yang tidak mahu berbincang.



"Russia secara sepihak menyerang Ukraine dan membunuh rakyatnya," kata penasihat Encik Mykhailo Podolyak dalam satu ciapan di Twitter.



"Russia tidak mahu rundingan, tetapi cuba mengelak tanggungjawab."



Serangan Russia ke atas stesen jana kuasa telah menyebabkan jutaan penduduk Ukraine terputus bekalan elektrik dan Encik Zelensky berkata Moscow akan menyasarkan untuk menjadikan beberapa hari terakhir 2022 gelap dan sukar.



"Russia telah kehilangan segala-galanya tahun ini... Saya tahu kegelapan tidak akan menghalang kita daripada membawa kekalahan baru kepada penjajah.



"Tetapi kami perlu bersedia untuk sebarang senario," katanya dalam satu ucapan video pada petang Hari Krismas.



Kremlin berkata ia akan berjuang sehingga semua matlamat wilayahnya dicapai, manakala Kyiv berkata ia tidak akan berjuang sehingga setiap askar Russia diusir dari negara itu.



Kyiv dan Barat berkata Encik Putin tidak mempunyai kewajaran bagi apa yang mereka anggap sebagai perang pencerobohan gaya empayar. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >