Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PERANG DI UKRAINE

Russia beri amaran kepada AS

'Kesan besar' bekal senjata kepada Ukraine
Apr 17, 2022 | 05:30 AM



WASHINGTON: Russia memberi amaran kepada Amerika Syarikat akan "kesan besar yang tidak boleh dijangka" jika bekalan persenjataan canggih diteruskan untuk digunakan Ukraine, lapor media Amerika semalam.



Menurut laporan mereka, Russia telah mengemukakan aduan secara rasmi kepada Amerika sebagai membantah bantuan ketenteraan itu.



Dalam satu nota diplomatik minggu ini, Moscow memberi amaran kepada Amerika dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) daripada membekalkan senjata "paling sensitif" untuk Kyiv bagi digunakan dalam konflik dengan Russia, menyatakan bekalan sedemikian akan hanya "menambah minyak" ke atas situasi dan boleh menimbulkan "kesan tak terjangka, lapor akhbar Washington Post.



"Apa yang diberitahu oleh Russia secara privet adalah apa yang sebenarnya kami beritahu dunia - bahawa jumlah bantuan yang dibuat secara besar-besaran untuk rakan-rakan di Ukraine menunjukkan ia amat berkesan," lapor akhbar itu yang memetik seorang pegawai kanan pentadbiran - yang bercakap dengan syarat identitinya tidak didedahkan.



Jabatan Negara enggan mengulas tentang laporan berkenaan nota rasmi itu.



"Kami tidak mengesahkan apa jua surat-menyurat diplomatik yang berlangsung secara privet," kata jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat.



Lebih lima juta orang sudah melarikan diri dari Ukraine sejak pencerobohan Russia pada 24 Februari, angka terbaru dikeluarkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).



PBB bagi Pelarian (UNHCR) berkata, seramai 4,796,245 juta rakyat Ukraine melarikan diri merentasi sempadan negaranya, sementara Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi (IOM) pula memaklumkan hampir 215,000 warga dari negara ketiga juga sudah melarikan diri ke negara jiran.



Tindakan menyelamatkan diri secara besar-besaran ini adalah krisis pelarian paling pantas berkembang di Eropah sejak Perang Dunia Kedua.



Angka dikeluarkan UNHCR meningkat 59,774 orang, berbanding yang dikeluarkan kelmarin.



Daripada lebih 2.7 juta pelarian Ukraine, hampir enam daripada 10 orang keluar meninggalkan negara itu untuk menuju ke Poland sejak perang bermula.



Lebih 725,000 pula sudah berada di Romania. Angka UNHCR menunjukkan hampir 645,000 warga Ukraine melarikan diri pada Februari, manakala kira-kira 3.4 juta lagi berbuat demikian pada Mac serta lebih 760,000 orang bulan ini.



Golongan wanita dan kanak-kanak menyumbang 90 peratus daripada mereka yang keluar meninggalkan Ukraine, dengan lelaki berusia 18 hingga 60 tahun bersedia untuk menerima arahan tentera dan tidak dibenarkan keluar.



Hampir dua pertiga daripada semua kanak-kanak Ukraine sudah diarah keluar dari rumah mereka, termasuk yang masih berada di dalam negara.



Hampir 215,000 warga negara ketiga atau bukan rakyat Ukraine yang melarikan diri merentasi sempadan, sebahagian besarnya terdiri pelajar dan pekerja asing.



Di luar data kumpulan pelarian, IOM menganggarkan 7.1 juta orang sudah meninggalkan rumah mereka namun masih berada di Ukraine.



Sebelum pencerobohan, Ukraine mempunyai populasi 37 juta di wilayah di bawah kawalan pemerintahnya, tidak termasuk Crimea yang dikawal Russia serta wilayah yang dikawal pemisah pro-Russia di timur. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >