Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Russia lancar misi ke bulan cari air ais

Aug 11, 2023 | 11:40 AM



MOSCOW: Russia telah melancarkan kapal angkasa pertamanya bagi melakukan pendaratan di bulan, selepas 47 tahun, dengan matlamat menjadi negara pertama mendarat di kutub selatan bulan, kawasan yang dipercayai mengandungi poket air ais berharga.


Misi bulan itu dilancarkan oleh Agensi Angkasa Lepas Russia, Roscosmos, dan adalah yang pertama sejak 1976 dan juga merupakan satu persaingan dengan India, yang baru melancarkan misi pendaratan bulan kapal angkasa Chandrayaan-3 pada Julai.


Selain dua negara itu, Amerika Syarikat dan China turut memperluaskan usaha eksplorasi bulan mereka dengan teknologi lebih canggih, terutamanya dalam menjelajahi kawasan kutub selatan bulan.

Roket Soyuz 2.1v Russia yang membawa jentera pendaratan Luna-25 dilancarkan dari kosmodrom Vostochny, terletak 5,550 kilometer ke timur Moscow, pada 2.11 pagi waktu Moscow pada Jumaat.


Ketua ruang angkasa Russia, Encik Yuri Borisov, memberitahu Interfax kapal angkasa itu dijangka mendarat di bulan pada 21 Ogos, tetapi kemudian tarikh pendaratan kemudian diubah ke 23 Ogos.


“Sekarang, kita akan menanti hingga 21 Ogos, dengan harapan pendaratan awal di bulan dapat dilakukan dengan jayanya,” katanya.

Luna-25, yang sebesar sebuah kereta kecil, dijangka beroperasi di kutub selatan bulan selama setahun. Kawasan itu adalah tempat saintis Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa) Amerika serta agensi angkasa lepas lain mengesan jejak air ais sejak beberapa tahun kebelakangan ini.


Misi Luna-25 sangat penting, terutama kerana Kremlin telah menyatakan sekatan barat terhadap Russia disebabkan perang di Ukraine tidak berjaya mematahkan ekonomi Russia, terutama dalam sektor aeroangkasa Moscow.


Pendaratan di bulan ini juga akan menguji keupayaan Russia dalam eksplorasi angkasa setelah krisisnya dengan Ukraine, yang menyebabkan hampir semua hubungan angkasa Moscow dengan Barat terputus.

Salah satu impak besar konfik itu ialah berakhirnya kerjasama antara Amerika dan Russia di Stesen Angkasa Antarabangsa, di mana peranan Nasa dianggap penting bagi kelangsungan operasi stesen tersebut.

Luna-25 dijangka keluar dari orbit bumi pada 3.30 pagi waktu Moscow pada Jumaat. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >