Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

SpaceX kirim 4 angkasawan ke stesen angkasa, termasuk wanita Arab pertama

May 22, 2023 | 06:52 PM



CAPE CANAVERAL: SpaceX mengirim empat angkasawan swasta ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS), termasuk wanita pertama dari Arab Saudi, ke angkasa lepas.


Angkasawan itu diluncurkan dengan roket Falcon 9 pada Ahad petang dari Pusat Angkasa Lepas Kennedy di Florida. Misi itu, dikendalikan oleh Axiom Space, adalah yang kedua dilancarkan membawa empat angkasawan.

Merancang untuk mendirikan pusat angkasa lepasnya sendiri pada masa depan, Axiom mengendalikan beberapa penerbangan membawa angkasawan ke ISS, sebagai persiapan untuk membawa orang ke kenderaan orbitnya sendiri.

Axiom dan SpaceX, syarikat milik Encik Elon Musk, yang dikenali sebagai Perbadanan Teknologi Pengembaraan Angkasa Lepas, pertama kali mengirim angkasawan privet ke ISS pada April 2022.

Misi terbaru ini, dinamakan Ax-2, diketuai oleh Dr Peggy Whitson, mantan angkasawan Pentadbiran Angkasa Lepas Kebangsaan, dan sekarang selaku pengarah penerbangan manusia ke angkasa lepas syarikat Axiom.

Bersama beliau adalah dua orang spesialis dari Arab Saudi; juruterbang jet pejuang, Encik Ali Alqarni dan penyelidik perubatan bio, Cik Rayyanah Barnawi.

Juruterbang terlatih, Encik John Shoffner, yang juga pemandu kereta lumba yang menjana wang daripada industri telekomunikasi gentian optik, adalah selaku juruterbangnya.

Encik Shoffner membayar sejumlah wang yang tidak disebutkan nilainya, untuk terbang dalam misi itu. Satu tempat dalam penerbangan SpaceX Crew Dragon itu dianggarkan sekitar AS$55 juta (S$74 juta), menurut inspektor-jeneral Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (Nasa).

Angkasawan itu dijadualkan tiba di ISS pada Isnin dan akan berada di angkasa lepas selama lapan hari.

Mereka dijangka menjalankan lebih 20 eksperimen semasa berada dalam kapal angkasa, sebelum kembali ke bumi.

Misi akan datang, Ax-3, dijangka akan dilancarkan selepas November 2023. Axiom Space juga sedang membina unit layak huni di angkasa lepas yang pertama. — Agensi Berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >