Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Russia lancar serangan sengit untuk kuasai kubu terakhir Ukraine

Jul 04, 2022 | 05:30 AM



KYIV/KONSTYANTYNIVKA, UKRAINE: Pertempuran dipergiatkan semalam untuk menguasai Lysychansk, kubu terakhir Ukraine di wilayah timur strategik Luhansk, manakala letupan menggegarkan bandar selatan selepas jumlah kematian orang awam meningkat berikutan di beberapa bandar.



Menurut Encik Rodion Miroshnik, duta ke Russia bagi Republik Rakyat Luhansk memberitahu televisyen Russia bahawa "Lysychansk telah dikawal," tetapi menambah bahawa "malangnya, ia masih belum dibebaskan."



Media Russia menunjukkan video militia Luhansk berarak di jalan-jalan Lysychansk mengibarkan bendera dan bersorak, tetapi jurucakap Pengawal Kebangsaan Ukraine, Encik Ruslan Muzychuk, memberitahu televisyen nasional Ukraine bahawa bandar itu kekal di tangan Ukraine.



"Berlaku pertempuran dekat dengan Lysychansk. Namun, mujur bandar itu tidak dikepung dan berada di bawah kawalan tentera Ukraine," kata Encik Muzychuk.



Beliau berkata keadaan di kawasan Lysychansk dan Bakhmut, serta di wilayah Kharkiv, adalah yang paling sukar di seluruh barisan hadapan.



"Matlamat musuh di sini kekal untuk mendapatkan akses ke sempadan pentadbiran wilayah Donetsk dan Luhansk. Juga, ke arah Sloviansk, musuh sedang mencuba tindakan serangan," katanya.



Encik Oleksandr Senkevych, datuk bandar wilayah selatan Mykolaiv, yang bersempadan dengan pelabuhan penting Laut Hitam Odesa, melaporkan letupan kuat di bandar itu.



Punca letupan tidak dapat dipastikan dengan segera.



Reuters tidak dapat mengesahkan secara bebas, laporan mengenai medan perang itu.



Pihak berkuasa berkata sebutir peluru berpandu meledak di blok apartmen berhampiran Odesa pada Jumaat, membunuh sekurang-kurangnya 21 orang.



Sebuah pusat beli-belah pula dibedil pada Isnin di tengah bandar Kremenchuk, menyebabkan sekurang-kurangnya 19 maut.



Presiden Ukraine Encik Volodymyr Zelensky mengecam serangan pada Jumaat sebagai "keganasan dirancang Russia dan bukan sejenis kesilapan atau serangan peluru berpandu secara kebetulan''.



Dalam ucapannya di televisyen kelmarin, beliau berkata usaha mencapai kemenangan merupakan satu jalan yang mencabar, tetapi adalah perlu bagi Ukraine untuk mengekalkan tekad mereka dan mencetuskan kerugian terhadap mereka agar setiap orang Russia ingat bahawa Ukraine tidak boleh ditumpaskan. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >