Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Russia penjarakan lebih 200 pejuang Ukraine

Dec 31, 2023 | 06:01 PM



Mahkamah Russia telah menjatuhkan hukuman penjara kepada lebih 200 pejuang Ukraine sejak Moscow memulakan peperangan ke atas Ukraine.

Demikian menurut Menteri Luar Russia, Encik Sergei Lavrov, dalam temu bual dengan agensi berita Russia, RIA yang diterbitkan pada Ahad, menurut The Straits Times (ST) yang memetik laporan Reuters.


“Mahkamah Persekutuan Russia telah menjatuhkan hukuman penjara yang panjang ke atas lebih 200 wakil kumpulan bersenjata Ukraine kerana melakukan kekejaman,” kata Encik Lavrov kepada RIA.

Kedua-dua pihak menuduh satu sama lain melakukan kekejaman dalam peperangan yang dimulakan Russia itu, dengan pencerobohan berskala besar Russia ke atas Ukraine pada Februari 2022.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah menemui bukti berterusan jenayah perang dan pencabulan hak asasi manusia yang dilakukan oleh pihak berkuasa Russia, termasuk penyeksaan, rogol dan pengusiran kanak-kanak.

Pada Mac, Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap terhadap Presiden Russia, Encik Vladimir Putin, atas tuduhan melakukan jenayah peperangan, iaitu pengusiran paksa kanak-kanak Ukraine oleh Moscow.

Merumuskan tahun 2023,  Ketua Pendakwa Raya Ukraine, Encik Andriy Kostin, dalam satu kenyataan pada Sabtu, berkata: “Dalam usaha kami mencapai keadilan, hasil utama yang jelas pada tahun ini ialah waran tangkap yang dikeluarkan oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa terhadap Putin.

“Ia adalah keputusan bersejarah dan isyarat jelas bahawa tiada siapa boleh mengatasi undang-undang.”

Pejabat Ketua Pendakwa Raya Ukraine telah mencatat lebih 121,000 jenayah pencerobohan dan jenayah perang Russia sejak perang itu bermula, menurut laman sesawangnya.

PBB juga telah menemui beberapa kes yang menunjukkan pihak berkuasa Ukraine juga melakukan pencabulan hak asasi manusia terhadap sebilangan individu yang dituduh bersubahat dengan pihak berkuasa Russia.

Encik Lavrov memberitahu RIA bahawa badan penyiasat utama Russia, iaitu, Jawatankuasa Penyiasat, telah memulakan 4,000 kes jenayah terhadap sekitar 900 individu warga Ukraine.

“Mereka termasuk bukan sahaja anggota persatuan nasionalis radikal, wakil pasukan keselamatan Ukraine dan askar upahan, tetapi juga wakil kepimpinan tentera dan politik Ukraine,” kata Encik Lavrov.

Kedua-dua pihak telah meningkatkan serangan pada minggu terakhir 2023, dengan Russia membunuh sekurang-kurangnya 31 orang awam dalam serangan udara terbesarnya ke atas Ukraine pada 29 Disember.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >