Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Russia perhebat serangan di timur Ukraine

Sekutu Barat bantu Kyiv dan negara jiran lawan Moscow
Dec 02, 2022 | 05:30 AM



KYIV: Tentera Russia sedang mara ke timur Ukraine dengan menghujani bedilan dari kereta kebal, mortar, artileri, meriam dan peluru berpandu ke atas Kherson di selatan, menurut tentera Ukraine, sedang sekutu Barat cuba membantu Ukraine dan negara jirannya menentang Moscow.



Di Washington, satu kontrak bernilai AS$1.2 bilion ($1.6 bilion) bagi membekalkan Ukraine dengan sistem peluru berpandu canggih darat ke udara, telah diberikan kepada syarikat Raytheon, menurut jabatan pertahanan Amerika Syarikat, Pentagon.



Kelmarin, Menteri Luar Ukraine, Encik Dmytro Kuleba, berkata negaranya memerlukan sistem pertahanan peluru berpandu Patriot, bagi melindungi prasarana awam yang telah menjadi sasaran serangan Russia sejak bermulanya musim dingin.



Setiausaha Negara Amerika, Encik Antony Blinken, berkata Presiden Russia, Encik Vladimir Putin, dilihat menumpukan serangan terhadap penduduk awam Ukraine, sekali gus memberi amaran kepada Russia bahawa strateginya untuk memecahbelahkan penyokong Ukraine akan gagal.



"Haba, air, elektrik ini adalah sasaran baru Presiden Putin, yang menggunakannya sebagai 'senjata' terhadap penduduk Ukraine. Ini perbuatan yang amat buruk dan sangat biadab," kata Encik Blinken pada sidang akhbar di Bucharest, selepas mesyuarat Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) selama dua hari.



Pada mesyuarat para menteri luar Nato, negara-negara sekutu itu kelmarin berikrar untuk membantu Moldova, Georgia dan Bosnia-Herzegovina, yang sedang menghadapi tekanan dari Russia, kata Setiausaha Agung Nato, Encik Jens Stoltenberg, dan menteri-menteri itu.



Jurucakap Kementerian Luar Russia, Cik Maria Zakharova, berkata hasil mesyuarat itu jelas menunjukkan Nato "tidak berminat langsung mencari huraian diplomatik bagi sengketa Ukraine".



Russia menyerang Ukraine sembilan bulan lalu dalam apa yang disifatkannya sebagai "operasi khas ketenteraan" untuk melenyapkan gerakan nasionalis Ukraine yang dianggapnya sebagai berbahaya.



Ukraine dan sekutu Barat menuduh Russia melakukan rampasan imperialis dan tanpa sebarang provokasi.



Sementara itu di Sepanyol, media memetik sumber polis yang mengatakan bahawa syarikat pembuat senjata, Instalanza, di Zaragoza, yang menghasilkan pelancar roket C90 yang dibekalkan kepada Ukraine, menerima sebuah pakej yang mencurigakan.



Seorang pengawal keselamatan di Kedutaan Ukraine di Madrid cedera kelmarin, selepas bom surat yang dialamatkan kepada duta yang dibukanya meletup, sekali gus meletakkan semua kakitangannya di luar negara dalam keadaan berjaga-jaga. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >