Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PERANG DI UKRAINE

Russia perluas sasaran serangan di Ukraine

Operasi tentera Russia langkaui wilayah Donbas, timur dan selatan Ukraine terus jadi sasaran bedilan: Menteri Luar Russia
Jul 22, 2022 | 05:30 AM



KYIV: Operasi kawasan tentera Russia di Ukraine kini melangkaui wilayah timur Donbas, kata Menteri Luarnya, Encik Sergei Lavrov, sedang tentera negara itu terus membedil timur dan selatan Ukraine.



Encik Lavrov juga memberitahu agensi berita negaranya RIA Novosti bahawa objektif Moscow akan berkembang lebih jauh jika negara Barat terus membekalkan Kyiv dengan senjata jarak jauh seperti Sistem Roket Meriam Mobiliti Tinggi (Himars) buatan Amerika Syarikat.



"Ini bermakna tugasan kawasan (tentera) akan diluaskan lebih jauh daripada garisan sekarang," katanya.



Ulasan beliau adalah pengakuan paling jelas bahawa matlamat perang Russia telah berkembang sepanjang tempoh lima bulan berperang.



Amerika pula menyatakan pihaknya melihat tanda-tanda Russia sedang bersedia mengilhak wilayah yang telah dirampasnya di Ukraine, dan berjanji bahawa ia akan menentang sebarang usaha pengilhakan.



"Sekali lagi, kami amat jelas bahawa pengilhakan secara kekerasan adalah satu pelanggaran serius terhadap Piagam PBB (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu), dan kami tidak akan membenarkannya tanpa dicabar.



"Kami tidak akan membenarkannya tanpa dikenakan sebarang hukuman," kata jurucakap Jabatan Negara Amerika, Encik Ned Price.



Russia mengilhak wilayah Crimea di Ukraine pada 2014 dan menyokong entiti pemisah berbahasa Russia - Republik Rakyat Donetsk dan Luhansk (DPR dan LPR) - di wilayah tersebut, secara bersama dikenali sebagai Donbas.



Menteri Luar Ukraine, Encik Dmytro Kuleba, berkata Russia menolak diplomasi dan mahukan "darah, bukan perbincangan".



Sementara itu di Washington, pengerusi ketua staf bersama Amerika, Jeneral Mark Milley, berkata wilayah Donbas belum lagi tewas kepada Russia. Tentera Ukraine berundur dari Luhansk awal bulan ini.



Setiausaha Pertahanan Amerika, Encik Lloyd Austin, pula memberitahu mesyuarat sekutu bahawa negaranya akan menghantar empat lagi Himars ke Ukraine.



Tentera Ukraine melaporkan bedilan hebat Russia yang kadangkala membawa maut di tengah-tengah apa yang mereka katakan disebabkan kegagalan tentera darat Russia untuk mara.



Sementara itu, pentadbiran yang ditubuhkan Russia di wilayah Zaporizhzhia, Ukraine, yang diduduki Russia, mendakwa Ukraine telah melakukan serangan dron ke atas loji janakuasa nuklear di sana, tetapi reaktor itu tidak rosak.



Pegawai Ukraine tidak memberi sebarang komen segera.



Encik Lavrov adalah tokoh paling kanan Russia yang bercakap secara terbuka mengenai matlamat perang Russia dari segi wilayah - hampir lima bulan selepas Presiden Russia, Encik Vladimir Putin, mengarahkan pencerobohan pada 24 Februari lalu dengan penafian bahawa Russia berhasrat menduduki negara jirannya.



Pada masa itu, Encik Putin berkata matlamatnya adalah untuk memusnahkan tentera Ukraine dan elemen Nazi - satu kenyataan yang ditolak Kyiv dan pihak Barat sebagai alasan untuk melakukan perang dan meluaskan kuasa Russia.



Encik Lavrov memberitahu RIA Novosti realiti geografi telah berubah sejak perunding Russia dan Ukraine mengadakan rundingan damai di Turkey pada akhir Mac lalu yang gagal menghasilkan sebarang persetujuan.



"Sekarang geografinya berbeza, ia jauh berlainan daripada hanya DPR dan LPR, ia juga wilayah Kherson dan Zaporizhzhia dan beberapa wilayah lain," katanya, merujuk kepada wilayah lain yang berada di luar Donbas yang telah dirampas sepenuhnya atau sebahagiannya oleh tentera Russia. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >