Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Russia persoal kirim jet pejuang F-16 ke Ukraine

May 22, 2023 | 3:47 PM
PENGLIBATAN DIPERSOAL: Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, memberitahu para pemimpin G7, Washington akan membantu menyediakan jet pejuang canggih, termasuk F-16, kepada Ukraine, melatih juruterbang Kyiv, kata seorang pegawai kanan Rumah Putih, pada 19 Mei 2023.
PENGLIBATAN DIPERSOAL: Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, memberitahu para pemimpin G7, Washington akan membantu menyediakan jet pejuang canggih, termasuk F-16, kepada Ukraine, melatih juruterbang Kyiv, kata seorang pegawai kanan Rumah Putih, pada 19 Mei 2023. - AFP

MOSCOW: Pemindahan jet-jet pejuang F-16 ke Ukraine akan menimbulkan persoalan penglibatan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utrara (Nato) dalam konflik di rantau itu, kata Duta Besar Russia di Amerika Syarikat, Encik Anatoly Antonov, dalam ulasannya yang diterbitkan pada Isnin.

“Tidak ada infrastruktur bagi operasi F-16 di Ukraine dan bilangan juruterbang yang diperlukan serta kakitangan penyenggara juga tidak ada di situ,” kata Encik Antonov dalam ulasannya yang diterbitkan di saluran Telegram kedutaan tersebut.

“Apa yang akan terjadi jika jet-jet pejuang Amerika berlepas dari pangkalan udara Nato, dikuasai oleh “sukarelawan” asing?”

Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, pada Jumaat mengesahkan rancangan-rancangan latihan juruterbang Ukraine bagi jet pejuang F-16.

Presiden Ukraine, Encik Volodymyr Zelensky, pula memberi jaminan kepada Encik Biden bahawa pesawat-pesawat itu tidak akan digunakan untuk masuk ke wilayah Russia.

Encik Antonov berkata sebarang serangan Ukraine ke atas Crimea akan disifatkan sebagai serangan ke atas Russia.

“Adalah penting bagi Amerika untuk memahami akan respons Russia kelak,” kata Encik Antonov.

Ukraine perhebat serangan-serangannya ke atas sasaran di wilayah yang dikuasai Russia, terutama di Semenanjung Crimea, yang telah dikuasai Russia dari Ukraine, pada 2014. – Reuters.

“Tidak ada infrastruktur bagi operasi F-16 di Ukraine dan bilangan juruterbang yang diperlukan serta kakitangan penyenggara juga tidak ada di situ. “Apa yang akan terjadi jika jet-jet pejuang Amerika berlepas dari pangkalan udara Nato, dikuasai oleh “sukarelawan” asing?”
Duta Besar Russia di Amerika Syarikat, Encik Anatoly Antonov.
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg