Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

BERITA

Serangan peluru berpandu Russia ragut 6 nyawa di bandar kelahiran Zelensky

Aug 01, 2023 | 02:15 PM



KYIV: Sehari selepas Presiden Ukraine, Encik Volodymyr Zelensky memberi amaran tentang lebih banyak serangan di dalam Russia, dua peluru berpandu Russia merempuh bangunan kediaman dan kompleks universiti di bandar kelahirannya, Kryvyi Rih, pada Isnin.


Ia membunuh sekurang-kurangnya enam orang dan mencederakan berpuluh-puluh yang lain, kata pegawai Ukraine.

Amaran luar biasa daripada pemimpin Ukraine itu menyusuli beberapa siri serangan Ukraine ke atas wilayah Russia.

Tetapi, senjata Russia terbukti jauh lebih dahsyat sehingga boleh meragut lebih banyak nyawa orang awam seperti serangannya pada Isnin ke atas Kryvyi Rih – sebuah bandar pengeluar keluli di tengah Ukraine – yang terletak sekitar 160 kilometer dari medan pertempuran.

Ketua pentadbiran tentera wilayah itu, Encik Serhii Lysak, berkata enam orang telah terbunuh dan 75 cedera.

Lebih 20 daripada mereka dimasukkan ke hospital, katanya dalam mesej di Telegram.

Tidak lama selepas serangan itu, Encik Zelensky menyiarkan video dari tempat kejadian yang menunjukkan asap keluar dari bangunan yang berlubang besar.

Beberapa jam kemudian, beliau berkata Russia telah menggunakan peluru berpandu balistik Iskander dalam serangan tersebut, sambil menambah bahawa seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun dan ibunya adalah antara yang terbunuh.

Tentera Russia turut membedil 130 pekan dan kampung di sepanjang barisan hadapan dengan beberapa tembakan paling kuat dihalakan ke bandar pelabuhan selatan Kherson, di tebing barat Sungai Dnieper, tambah pegawai Ukraine.

Empat orang terbunuh dan 17 yang lain cedera dalam serangan itu, kata ketua pejabat presiden, Encik Andriy Yermak dalam kenyataan menerusi Telegram.

Ketua pentadbiran tentera wilayah Kherson, Encik Olexander Prokudin, berkata mereka yang cedera termasuk pekerja utiliti dan sukarelawan yang membantu mangsa banjir yang melanda kediaman mereka selepas Russia meletupkan empangan di hulu sungai pada Jun.

Jurucakap tentera Ukraine, Cik Natalia Humeniuk, menyatakan bahawa Russia cuba meningkatkan serangannya di tebing barat sungai walaupun kekurangan peluru.

Menurutnya, serangan Ukraine ke atas laluan logistik utama Russia, terutamanya di jambatan dan jalan raya yang menghubungkan Semenanjung Crimea ke selatan Ukraine dan ke Russia, menyukarkan Moscow untuk membekalkan semula dan mengerahkan kembali pasukan pendudukannya.

Dalam ucapan pada petang Ahad, selepas dua dron melanda bangunan di tengah-tengah ibu negara Russia, Encik Zelensky memberikan petanda paling jelas bahawa Ukraine melihat serangan sedemikian sebagai taktik utama dalam peperangan.

Beliau berkata: “Secara beransur-ansur perang kembali ke wilayah Russia – ke pusat simbolik dan pangkalan tenteranya,” kata beliau.

“Dan ini adalah proses yang tidak dapat dielakkan, semula jadi dan benar-benar adil,” tambahnya.

Agensi perisikan tentera Ukraine berkata pada Isnin bahawa serangan ke atas Moscow dan seluruh Russia dijangka diteruskan selagi tentera Russia melancarkan serangan yang tidak adil. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >