Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Russia serang Ukraine

• PBB, Nato kecam tindakan Putin • Biden: Russia bertanggungjawab ke atas petaka perang
Feb 25, 2022 | 06:45 AM



MOSCOW: Tentera Russia melepaskan peluru berpandu dan membedil beberapa bandar Ukraine, di samping menggerakkan tenteranya memasuki Ukraine di beberapa kawasan semalam, selepas Presiden Russia, Encik Vladimir Putin, mengarahkan "satu operasi ketenteraan khas" di timur Ukraine.



"Saya telah membuat keputusan satu operasi ketenteraan," katanya dalam satu kenyataan di televisyen awal pagi semalam.



Tidak lama selepas ucapan Encik Putin itu, letupan kedengaran di ibu kota Ukraine, Kyiv.



Bunyi tembakan kedengaran berhampiran lapangan terbang utama di bandar itu, dengan bunyi siren kedengaran serata bandar.



"Putin baru sahaja melancarkan pencerobohan besar-besaran ke atas Ukraine. Bandar Ukraine yang aman diserang," kata Menteri Luar Ukraine, Encik Dmytro Kuleba di Twitter.



"Ini adalah tindakan agresif. Ukraine akan mempertahankan dirinya dan akan menang. Dunia boleh dan mesti menghentikan Putin. Masa untuk bertindak adalah sekarang."



Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, berkata doanya bersama rakyat Ukraine "kerana mereka mengalami serangan tanpa provokasi dan tidak wajar oleh tentera Russia".



Dunia "akan mempertanggungjawabkan Russia" ke atas Ukraine, kata Encik Biden.



Amerika dan sekutu Eropah serta bahagian lain dunia mengutuk pencerobohan itu dan akan bertindak pantas dan bersatu, termasuk sekatan yang akan menjejas teruk Russia.



Sebelum ini, Russia telah menuntut dihentikan peluasan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) ke arah timur Eropah dengan Encik Putin mengulangi pendiriannya bahawa keanggotaan Ukraine dalam pakatan tentera itu tidak boleh diterima sama sekali.



Semasa ucapannya, Encik Putin mengecam apa yang disebutnya sebagai "pembunuhan beramai-ramai" yang didalangi Ukraine di timur negara itu, serta dasar agresif Nato terhadap Russia.



Encik Putin berkata jika terdapat sebarang campur tangan asing, Russia akan bertindak segera.



Beberapa jam selepas ucapan Encik Putin itu, Presiden Ukraine, Encik Volodymyr Zelensky, berkata Russia telah melakukan serangan peluru berpandu ke atas prasarana Ukraine dan pengawal sempadan.



Encik Zelensky berkata undang-undang tentera telah diisytiharkan dan beliau telah bercakap melalui telefon dengan Encik Biden. Pasukan simpanan tentera negara itu juga telah dikerahkan.



Selain ibu kota Kyiv, letupan turut kedengaran di bahagian lain negara itu seperti di bandar pelabuhan Odessa dan juga bandar Kharkiv, sebuah bandar besar 35 kilometer ke selatan sempadan Russia.



Russia dikatakan menyasarkan prasarana tentera, pertahanan udara dan tentera udara Ukraine dengan menggunakan senjata berketepatan tinggi, dan tidak menyerang bandar-bandar Ukraine, lapor agensi berita Russia, RIA, yang memetik Kementerian Pertahanan negara itu.



Sementara itu, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Encik Antonio Guterres, memberi amaran kepada badan dunia itu bahawa "dunia kita berdepan detik bahaya" berhubung krisis itu.



"Jika konflik di Ukraine bertambah meluas, dunia boleh melihat skala dan keseriusan keperluan yang belum dilihat selama bertahun-tahun," katanya.



"Sudah tiba masanya untuk menahan diri, berfikiran bernas dan mengurangkan ketegangan," kata Encik Guterres, sambil menegaskan tidak ada ruang bagi tindakan atau kenyataan yang akan "membawa situasi bahaya ini menjadi lebih buruk".



Sementara itu, harga minyak melonjak sementara pasaran saham sejagat merosot menyusuli serangan Russia itu.



Niaga hadapan minyak mentah Brent melonjak melepasi AS$100 ($135) setong buat kali pertama sejak 2014, sedang tindakan Russia itu mencetuskan kebimbangan akan gangguan kepada eksport bahan tenaga itu.



Sehingga petang semalam, dilaporkan sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh di Ukraine ekoran serangan peluru berpandu Russia.



Seorang penasihat di pejabat Presiden Zelensky berkata angkatan tentera Ukraine sedang berjuang bersungguh-sungguh dalam menghadapi pengeboman besar-besaran pihak Russia. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >