Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Russia tidak boleh hentikan perang, walaupun Ukraine gugur harapan Nato

Aug 28, 2022 | 05:30 AM



MOSCOW: Seorang sekutu utama presiden Russia menyatakan, Moscow tidak akan menghentikan kempen ketenteraannya di Ukraine walaupun Kyiv secara rasmi meninggalkan aspirasinya untuk menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato).



Bekas presiden, Encik Dmitry Medvedev, kini timbalan pengerusi Majlis Keselamatan Russia, berkata Russia bersedia untuk mengadakan perbincangan dengan Presiden Ukraine, Encik Volodymyr Zelensky, tertakluk kepada syarat-syarat tertentu.



Sebelum pencerobohan Februari lalu, Moscow turut menjelaskan bahawa keanggotaan Ukraine dalam Nato tidak boleh diterima.



"Menolak penyertaannya dalam perikatan Atlantik Utara kini penting, tetapi ia sudah tidak mencukupi untuk mewujudkan keamanan.



"Russia akan meneruskan kempen itu sehingga matlamatnya tercapai," kata Encik Medvedev.



Sebelum ini, Russia dan Ukraine mengadakan beberapa pusingan rundingan selepas pencerobohan bermula, tetapi tiada kata sepakat diperoleh.



"Perbincangan ini bergantung kepada bagaimana peristiwa berlaku. Kami sudah bersedia sebelum bertemu Zelensky," kata Encik Medvedev.



Dalam ulasannya, beliau juga berkata senjata Amerika Syarikat yang telah dibekalkan ke Ukraine seperti pelancar pelbagai roket Himars - belum lagi menimbulkan ancaman yang besar.



Namun, itu boleh berubah jika senjata yang dihantar Amerika boleh mengenai sasaran pada jarak yang lebih jauh.



"Ini bermakna apabila peluru berpandu jenis ini terbang sejauh 70 kilometer (km), itu satu perkara," katanya.



"Tetapi apabila ia terbang 300 hingga 400 km, itu adalah perkara yang lain, sekarang ia akan menjadi ancaman terus kepada wilayah Persekutuan Russia."



Encik Medvedev sebelum ini memberi amaran bahawa Russia akan menggunakan senjata nuklear dekat dengan Negara Baltik dan Scandinavia jika Finland atau Sweden memutuskan untuk menyertai Nato.



Encik Medvedev berkata, jika negara-negara itu bergabung, ini akan menggandakan sempadan darat Russia dengan anggota Nato.



"Sememangnya, kita perlu mengukuhkan sempadan ini dan dalam kes ini, tidak mungkin untuk bercakap lebih lanjut mengenai status bukan nuklear Baltik.



"Bakinya perlu dipulihkan," katanya sambil menunjukkan bahawa Russia berhak menggunakan senjata nuklear di rantau itu. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >