Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Russia tuduh kedutaan AS sebar 'berita palsu' tentang Ukraine

Feb 09, 2023 | 05:30 AM



MOSCOW: Russia mendesak kedutaan Amerika Syarikat di Moscow supaya berhenti menyebarkan berita yang disifatkannya sebagai palsu mengenai operasi ketenteraannya di Ukraine, dan mengancam akan mengusir diplomatnya, lapor agensi berita rasmi Russia, Tass.



Amaran itu termasuk mesej kasar kepada Cik Lynne Tracy, duta besar Amerika yang baru, di Moscow, menurut Tass, yang memetik satu sumber kanan kementerian luar Russia, yang berkata Cik Tracy telah diberitahu beliau mesti mematuhi undang-undang Russia apabila membuat sebarang kenyataan berkaitan angkatan bersenjata Russia di Ukraine.



Tass menukil sumber itu berkata diplomat Amerika yang terlibat dalam apa yang dikatakan Moscow "kegiatan subversif" akan diusir.



Seorang jurucakap Jabatan Negara Amerika mengesahkan kedutaannya telah menerima nota diplomatik daripada kementerian luar Russia, tetapi berkata dasar jabatan itu ialah tidak mengulas mengenai surat-menyurat diplomatik.



Russia menetapkan perbuatan "mencemar nama baik" angkatan bersanjatanya sebagai kesalahan jenayah yang boleh dikenakan hukuman penjara hingga lima tahun, sementara dakwaan menyebarkan "maklumat palsu dengan sengaja" tentang tenteranya membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun.



Ck Tracy, yang di Moscow bulan lalu, dicemuh orang ramai yang melaungkan slogan anti-Amerika ketika beliau memasuki kementerian luar Russia untuk mengemukakan watikah kelayakan diplomatiknya.



Tanggal 24 Februari genap setahun Presiden Vladimir Putin memerintahkan tenteranya menyerang Ukraine dalam apa yang disifiatkannya sebagai "operasi ketenteraan khas".



Ukraine dan sekutu-sekutunya di Barat menuduh Encik Putin melancarkan perang ala penjajah tanpa diprovokasi, dan menyangkal dakwaan kononnya operasi itu ialah untuk melindungi keselamatan Russia daripada peluasan pengaruh Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) di timur Eropah.



Agensi berita Tass berkata nota rasmi itu, yang menuduh kedutaan Amerika mencampuri ehwal dalam negeri Russia, disampaikan kelmarin dan menuduh diplomat Amerika membuat kenyataan "tidak sesuai" mengenai kepimpinan Russia.



Amerika penyokong Barat terbesar Ukraine dan telah membekalkannya dengan persenjataan moden. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >