NEW YORK: Saham di Wall Street semalam berdepan dengan kejatuhan terburuknya sejak tahun ini selepas tercetusnya keraguan terhadap keupayaan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menjayakan agenda yang dijanjikannya di Washington.
Ketiga-tiga indeks Amerika Syarikat jatuh mendadak dengan Nasdaq menjunam 1.8 peratus, dua hari sebelum undian penting bagi dasar penjagaan kesihatan negara itu.