Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sajian Foto: Bantuan kemanusiaan mula masuki Gaza

Oct 24, 2023 | 2:36 PM
HULUR BANTUAN: Seorang pegawai Sabit Merah kelihatan sedang membungkus bahan-bahan bantuan kemanusiaan bagi rakyat Palestin yang berada di Gaza sedang konflik ketegangan antara Israel dengan Gaza berterusan.
HULUR BANTUAN: Seorang pegawai Sabit Merah kelihatan sedang membungkus bahan-bahan bantuan kemanusiaan bagi rakyat Palestin yang berada di Gaza sedang konflik ketegangan antara Israel dengan Gaza berterusan. - Foto REUTERS

Bantuan kemanusiaan bagi penduduk Palestin di Gaza sudah mula memasuki kawasan itu bagi mengagihkan keperluan asas seperti makanan dan minuman yang amat-amat diperlukan. Sementara itu, Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF), dengan kerjasama Agensi Bantuan dan Kerja Menyelamat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA), sedang menganjurkan pengumpulan dana bantuan kemanusiaan bagi masyarakat terjejas akibat konflik di Gaza. Lungsuri www.rlafoundation.org.sg untuk menderma.

Berikut Berita Harian (BH) paparkan foto-foto bantuan kemanusiaan yang akhirnya sampai kepada masyarakat di Gaza.

BANTUAN TIBA: Beberapa lori dari Mesir tiba di sebuah kemudahan simpanan di Khan Younis, selatan Gaza pada 21 Oktober selepas melepasi sempadan Rafah.
BANTUAN TIBA: Beberapa lori dari Mesir tiba di sebuah kemudahan simpanan di Khan Younis, selatan Gaza pada 21 Oktober selepas melepasi sempadan Rafah. - Foto AFP
TUNGGU GILIRAN: Beberapa lori yang membawa makanan, air dan ubat-ubat sebagai bekalan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza tiba di sempadan Rafah pada 22 Oktober.
TUNGGU GILIRAN: Beberapa lori yang membawa makanan, air dan ubat-ubat sebagai bekalan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza tiba di sempadan Rafah pada 22 Oktober. - Foto EPA-EFE
BANTUAN DARI UDARA: Relawan dari pertubuhan Sabit Merah Mesir dan Qatar kelihatan mengisi bekalan bantuan kemanusiaan bagi penduduk Gaza ke dalam sebuah pesawat di lapangan terbang el-Arish di Mesir.
BANTUAN DARI UDARA: Relawan dari pertubuhan Sabit Merah Mesir dan Qatar kelihatan mengisi bekalan bantuan kemanusiaan bagi penduduk Gaza ke dalam sebuah pesawat di lapangan terbang el-Arish di Mesir. - Foto AFP
TEMPAT BERTEDUH: Penduduk Palestin yang meninggalkan rumah mereka di Gaza semasa ketegangan berterusan antara Israel dengan Gaza berteduh di sebuah perkhemahan dikendali Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Khan Younis, selata Gaza.
TEMPAT BERTEDUH: Penduduk Palestin yang meninggalkan rumah mereka di Gaza semasa ketegangan berterusan antara Israel dengan Gaza berteduh di sebuah perkhemahan dikendali Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Khan Younis, selata Gaza. - Foto REUTERS
GOTONG-ROYONG: Pekerja Bulan Sabit Merah kelihatan mengaturkan bekalan bahan bantuan sebelum diagihkan kepada penduduk Palestin di Khan Younis, selatan Gaza.
GOTONG-ROYONG: Pekerja Bulan Sabit Merah kelihatan mengaturkan bekalan bahan bantuan sebelum diagihkan kepada penduduk Palestin di Khan Younis, selatan Gaza. - Foto REUTERS
SEDIA DIAGIH: Pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tiba di sebuah sekolah dikendali pertubuhan itu di Khan Younis, selatan Gaza untuk mengagihkan bekalan barang bantuan kepada penduduk di situ.
SEDIA DIAGIH: Pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tiba di sebuah sekolah dikendali pertubuhan itu di Khan Younis, selatan Gaza untuk mengagihkan bekalan barang bantuan kepada penduduk di situ. - Foto REUTERS
TEMPAT PERLINDUNGAN: Pekerja Agensi Bantuan dan Kerja Menyelamat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berada di sebuah sekolah yang telah bertukar menjadi tempat pelindungan bagi penduduk Gaza.
TEMPAT PERLINDUNGAN: Pekerja Agensi Bantuan dan Kerja Menyelamat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berada di sebuah sekolah yang telah bertukar menjadi tempat pelindungan bagi penduduk Gaza. - Foto AFP
BANTUAN: Ahli Bulan Sabit di Palestin memberi bantuan kepada para penduduk di daerah Deir al-Balah, Gaza.
BANTUAN: Ahli Bulan Sabit di Palestin memberi bantuan kepada para penduduk di daerah Deir al-Balah, Gaza. - Foto REUTERS
MAKANAN: Para sukarelawan di Palestin memberi makanan kepada kanak-kanak yang berlindung di khemah oleh Agensi Bantuan dan Kerja Menyelamat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA).
MAKANAN: Para sukarelawan di Palestin memberi makanan kepada kanak-kanak yang berlindung di khemah oleh Agensi Bantuan dan Kerja Menyelamat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA). - Foto EPA-EFE
SOLAT: Seorang lelaki kelihatan sedang bersolat di khemah sementara di dearah, Khan Yunis, selatan Gaza.
SOLAT: Seorang lelaki kelihatan sedang bersolat di khemah sementara di dearah, Khan Yunis, selatan Gaza. - Foto AFP
USAHA HANTAR BANTUAN: Trak membawa bantuan kemanusiaan menuju ke Semenanjung Gaza menunggu pada Selasa untuk melalui lintasan sempadan Rafah di  Mesir.
USAHA HANTAR BANTUAN: Trak membawa bantuan kemanusiaan menuju ke Semenanjung Gaza menunggu pada Selasa untuk melalui lintasan sempadan Rafah di Mesir. - Foto EPA-EFE
BANTUAN KEMANUSIAAN: Gambar edaran yang dikeluarkan oleh Agensi Berita Kuwait (KUNA) pada 29 Oktober 2023 menunjukkan bantuan kemanusiaan dan peralatan menuju ke Semenanjung Gaza melalui lintasan sempadan Rafah di utara Mesir, dimuatkan ke dalam pesawat tentera di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuwait City, di tengah-tengah pertempuran berterusan antara Israel dan kumpulan Hamas Palestin.
BANTUAN KEMANUSIAAN: Gambar edaran yang dikeluarkan oleh Agensi Berita Kuwait (KUNA) pada 29 Oktober 2023 menunjukkan bantuan kemanusiaan dan peralatan menuju ke Semenanjung Gaza melalui lintasan sempadan Rafah di utara Mesir, dimuatkan ke dalam pesawat tentera di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuwait City, di tengah-tengah pertempuran berterusan antara Israel dan kumpulan Hamas Palestin. - Foto AFP
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg