Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sambutan Aidilfitri sedunia sendu, luar biasa

May 25, 2020 | 10:00 AM



PENULARAN wabak Covid-19 telah mengakibatkan sambutan Hari Raya Aidilfitri di seluruh dunia disambut sendu dan sangat berbeza. 



Akibat kawalan pergerakan di sini, keluarga tidak dapat kunjung mengunjung tetapi memanfaatkan kemudahan teknologi untuk bertemu sanak saudara di alam maya.



Di Malaysia pula, orang ramai mengambil kesempatan kebenaran yang diberikan pihak berkuasa untuk meraikan Aidilfitri dengan melakukan aktiviti ziarah dalam negeri semalam, menyebabkan beberapa lebuh raya mengalami kesesakan trafik.



Malah, Dataran Merdeka di Kuala Lumpur yang selalunya menjadi 'port' warga asing telah dipenuhi warga tempatan yang mengambil angin kerana mereka tidak dibenarkan merentas antara negeri untuk balik kampung atau mengunjungi sanak saudara demi membendung penularan koronavirus.



Malaysia sejauh ini mencatatkan sejumlah 7,245 kes positif Covid-19 dan 115 kematian.



Di Indonesia pula, penjarakan sosial telah menyaksikan hanya empat tempat yang dinyatakan sebagai kawasan terkawal dari pandemik koronavirus iaitu Kota Bekasi (Jawa Barat), Kota Dumai (wilayah Riau di Sumatera), Kabupaten Natuna (Kepulauan Riau) dan Kabupaten Gorontalo Utara (Sulawesi Utara), dibenarkan mengadakan solat Aidilfitri, dengan prosedur ketat dilaksanakan.



Bagaimanapun, media tempatan melaporkan terdapat masjid di Indonesia termasuk di Jakarta, melaksanakan solat Aidilfitri dan dihadiri ramai jemaah, sekali gus mencetuskan kebimbangan berlakunya kluster baharu virus itu.



Indonesia sejauh ini mencatatkan 22,271 kes positif Covid-19 menyusuli penambahan 526 kes baharu semalam, dan secara keseluruhannya seramai 1,372 orang telah meninggal dunia akibat virus tersebut.



Pemerintah Indonesia melaksanakan perintah Pembatasan Sosial Berskala Besar (PSBB) sejak Mac lalu, bagi menangani penularan koronavirus.



Dalam pada itu di rantau Afrika, lebih 3,500 warga Tunisia yang pulang ke tanah air daripada bercuti dikehendaki menjalani kuarantin selama dua minggu sekali gus berpisah dengan keluarga mereka ketika Aidilfitri.



Di Mesir, Presiden Abdel Fattah al-Sisi, memberi kelulusan untuk pengampunan 3,157 banduan membabitkan pelbagai kesalahan, sempena perayaan Aidilfitri.



Di Asia Barat, Arab Saudi, Turkey dan Syria antara negara yang melarang solat sunat Aidilfitri berjemaah bagi membendung penularan wabak.



Arab Saudi melaksanakan perintah berkurung 24 jam selama lima hari bermula semalam selepas merekodkan 68,000 kes jangkitan sejak awal Ramadan.



Di Asia Selatan pula, penduduk di kawasan berdekatan lapangan terbang Karachi mengalami tragedi buruk akibat kemalangan pesawat yang meragut paling banyak nyawa dalam tempoh lapan tahun di Pakistan selepas sebuah penerbangan komersial terhempas menjelang cuti sempena Aidilfitri.



Seramai 97 mangsa berada dalam pesawat, manakala empat lagi yang berada di lapangan mengalami kecederaan.



Di Afghanistan, Presiden Ashraf Ghani, semalam memulakan proses membebaskan 2,000 tahanan militan Taliban apabila kumpulan pemberontak itu mencadangkan gencatan senjata secara mengejut sempena Aidilfitri.



 



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >