Topic followed successfully
Go to BHkuSampah menimbun di Bali selepas tapak pelupusan hadkan sisa organik
Sampah menimbun di Bali selepas tapak pelupusan hadkan sisa organik
Apr 30, 2026 | 12:58 PM
Sampah menimbun di Bali selepas tapak pelupusan hadkan sisa organik
Gambar yang dirakam pada 21 April 2026 menunjukkan seorang penunggang motosikal melalui longgokan sampah berhampiran jalan di Kampung Serangan, Denpasar, di pulau peranginan Bali, Indonesia. - Foto AFP
BALI: Gerai bunga kecil milik Yuvita Anggi Prinanda di tepi jalan di Bali masih dipenuhi jambangan segar berwarna-warni, namun harum bunga itu tidak lagi mampu menutup bau busuk sampah yang semakin menimbun di beberapa kawasan pulau peranginan itu.
Masalah sampah di Bali semakin ketara selepas tapak pelupusan sampah terbesar di pulau tersebut tidak lagi menerima sisa organik sejak awal April. Langkah itu dibuat ketika pemerintah Indonesia cuba menguatkuasakan larangan lama terhadap tapak pelupusan terbuka.
Laporan berkaitan
Saliran tersumbat, timbunan sampah, pembangunan rakus burukkan banjir di BaliSep 12, 2025 | 2:47 PM
Banjir besar landa Bali dan Flores: 18 terbunuh, enam hilangSep 11, 2025 | 1:19 PM

