Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MALAYSIA

Sasar 100,000 sertai inisiatif bantu golongan susah tingkat pendapatan

Feb 28, 2023 | 05:30 AM



AMPANG (Selangor): Kerajaan Malaysia sasar 100,000 peserta daripada isi rumah miskin dan golongan berpendapatan rendah atau B40, bagi menyertai Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) yang berupaya menjana pendapatan sekurang-kurangnya RM2,000 ($603.45) sebulan, bagi membolehkan mereka keluar daripada garis kemiskinan.



Menteri Ekonomi, Encik Rafizi Ramli, berkata sasaran itu berdasarkan kajian yang dilaksanakan pihaknya berasaskan garis kemiskinan tegar yang ditetapkan pada RM1,900 sebulan.



Katanya, IPR bertujuan meningkatkan pendapatan golongan miskin dan B40 (isi rumah berpendapatan RM4,850 sebulan dan ke bawah) untuk menjana pendapatan membabitkan kerjasama kerajaan, rakyat dan rakan strategik.



IPR membabitkan tiga model iaitu Inisiatif Usahawan Tani (INTAN), Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN) dan Inisiatif Operator Perkhidmatan (IKHSAN).



"Kita sudah menjalankan modeling awal, jika melihat kepada tiga model tadi, usahawan tani mungkin mengambil masa yang lebih panjang untuk mendapat pendapatan.



"Jadi kita sudah mengambil kira bantuan untuk tempoh pemantauan 24 bulan termasuk penyediaan tapak, infrastruktur, latihan dan sebagainya termasuk elaun bulanan sementara hasil tuaian itu diperolehi.



"Sama juga dengan INSAN, penjualan makanan melalui mesin vending, juadah itu dijual dalam RM2 sahaja kerana ia membantu orang ramai, menurunkan harga makanan.



"IKHSAN, operator kawal selia kemudahan kerajaan seperti tandas awam, pejabat dan sebagainya, akan mendapat pendapatan dari dua sumber iaitu kutipan harian orang ramai bayar untuk masuk tandas atau kelengkapan kemudahan lain tetapi jika tidak mencukupi, kerajaan akan tambah supaya pendapatan bulanan mereka menjadi RM2,000," katanya.



Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan pelancaran IPR di sini, Ahad.



Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, dan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, turut hadir.



Encik Rafizi berkata, IPR membabitkan ekosistem tiga pihak iaitu penerima membabitkan golongan miskin dan B40, pembimbing (peniaga setempat yang membeli produk perkhidmatan, NGO serta agensi kerajaan) dan rakan niaga.



INTAN adalah daya usaha untuk merekrut golongan sasar yang berminat dalam pertanian dengan memilih hasil tanaman yang tinggi dalam jumlah import seperti cili, halia dan jagung.



INSAN pula menyasar peserta menjual makanan umum pada harga rendah, menerusi perniagaan mesin vending yang mampu meningkatkan jualan melalui penambahan lokasi tumpuan.



Manakala IKHSAN merekrut golongan sasar yang berminat untuk bekerja sebagai pekerja pembersihan, sekali gus mampu mengatasi masalah kekurangan buruh bagi menyelenggara beberapa kemudahan awam.



Kerajaan menyasar 100,000 peserta dari isi rumah miskin dan B40 menyertai IPR tahun ini. - BHM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >