Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

'Sasaran pertumbuhan ekon China 2023 bukan mudah'

Mar 14, 2023 | 05:30 AM



BEIJING: Usaha untuk mencapai sasaran pertumbuhan ekonomi 2023 bukanlah sesuatu yang mudah, memandangkan asas tinggi pengeluaran ekonomi China sekarang, kata Perdana Menteri baru, Encik Li Qiang, dalam ucapan pertamanya kepada media pada Isnin.



Ekonomi kedua terbesar di dunia, yang jumlah pengeluarannya melebihi 120 trilion yuan ($23.3 trilion), telah menetapkan sasaran pertumbuhan sederhana sekitar 5 peratus, terendah dalam tiga dekad.



"Untuk mencapai pertumbuhan sekitar 5 peratus pada asas yang tinggi itu bukanlah satu tugas yang mudah, dan ia memerlukan usaha yang berlipat ganda," kata Encik Li pada hari terakhir mesyuarat parlimen tahunan China.



Ekonomi China telah menunjukkan prestasi yang baik pada bulan-bulan pertama tahun ini, kata Encik Li.



Jumlah besar bilangan penduduk, sistem kewangan yang kukuh dan kekuatan institusi adalah antara faktor yang boleh dimanfaatkan untuk mencapai pertumbuhan itu, kata perdana menteri tersebut, walaupun beliau memberi amaran tentang sikap pesimis dalam ekonomi global dan "lebih banyak ketidaktentuan antarabangsa" pada 2023.



Pada 2022, pertumbuhan ekonomi mencapai 3 peratus, lebih rendah berbanding sasaran sekitar 5.5 peratus yang ditetapkan oleh pemerintah pada tahun itu.



Penganalisis berkata China menetapkan sasaran pertumbuhan yang agak rendah untuk 2022, memandangkan asas yang lebih rendah pada tahun itu, lapor The Straits Times.



Tambahan pula negara itu juga baru-baru ini memansuhkan dasar sifar Covid-19 yang menjadi faktor utama prestasi ekonomi yang hambar pada 2022, yang bermakna akan ada pemulihan mendadak tahun ini.



Encik Li berkata dalam fasa pertumbuhan ekonomi China yang seterusnya, negara itu akan terus mengutamakan kestabilan dan memberi tumpuan kepada meningkatkan kesejahteraan penduduk dalam aspek yang lebih praktikal.



"Sejujurnya, kebanyakan orang tidak memerhatikan pertumbuhan GDP (Hasil Dalam Negeri Kasar) sepanjang masa.



"Apa yang mereka lebih ambil berat adalah perkara yang berlaku dalam kehidupan seharian mereka, seperti perumahan, pekerjaan, pendapatan, pendidikan, perkhidmatan perubatan dan alam sekitar," katanya.



Ekonomi China telah terjejas teruk bukan sahaja oleh kawalan ketat Covid-19 yang ditiadakan hanya pada akhir 2022, tetapi juga hubungannya yang semakin teruk dengan Amerika Syarikat berhubung pelbagai isu termasuk perang teknologi, ketegangan perdagangan, Taiwan serta serangan Russia ke atas Ukraine.



Encik Li memberi komen tersebut sedang pertumbuhan China semakin perlahan dalam beberapa tahun kebelakangan ini, menjadi lebih stabil berbanding pertumbuhan dua angka di awal pembukaannya pada 1980-an.



Pada 2023, pemerintah menyasarkan untuk meningkatkan permintaan dalam negeri sambil berusaha untuk mencapai pemulihan ekonomi yang kukuh.



Pada 5 Mac lalu, dalam majlis perasmian Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC), dewan perundangan negara itu, mantan Perdana Menteri Encik Li Keqiang berkata pemerintah akan mendorong perbelanjaan sebagai keutamaannya pada 2023.



Mesyuarat parlimen tahunan - terdiri daripada NPC dan badan penasihat politik tertinggi, Persidangan Perundingan Politik Rakyat China - ditutup pada Isnin, menandakan berakhirnya rombakan kepimpinan dua kali sedekad China yang bermula pada Oktober 2022 semasa Kongres Parti Ke-20 parti pemerintah itu.



Kabinet baru telah diluluskan oleh Parlimen sejak seminggu lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >