GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang percaya selain sekumpulan lelaki warga Myanmar yang ditahan bagi membantu siasatan kes bunuh rakan senegara mereka, satu lagi kumpulan turut terlibat dalam kejadian itu.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi, berkata berdasarkan siasatan dan maklumat yang diperoleh, kumpulan warga Myanmar yang dikenal pasti itu turut terlibat dalam beberapa kejadian bunuh yang berlaku di negeri itu.