PETALING JAYA: Satu lagi pilihan raya kecil boleh dijangkakan di Balingian, Sarawak - yang kedua sejak pilihan raya umum Malaysia pada Mei lalu - jika Ketua Menteri negeri itu, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, meletak jawatan menjelang akhir bulan ini.
Tan Sri Abdul Taib, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Balingian sejak 2001, perlu meletak jawatan sebagai Adun dalam tempoh terdekat jika beliau mahu dijadikan ketua negeri yang baru, menurut laporan akhbar The Star, semalam.