Saudi arah pemegang visa terkandas termasuk umrah tinggalkan negara sebelum 18 April
Saudi arah pemegang visa terkandas termasuk umrah tinggalkan negara sebelum 18 April
Saudi arah pemegang visa terkandas termasuk umrah tinggalkan negara sebelum 18 April
RIYADH: Arab Saudi melanjutkan tempoh sah pelbagai kategori visa sehingga 18 April 2026 bagi warga asing yang tidak dapat meninggalkan negara itu susulan gangguan perjalanan akibat konflik serantau.
Kementerian Dalam Negeri dalam satu kenyataan pada 25 Mac memaklumkan, lanjutan itu melibatkan visa yang tamat pada atau selepas 25 Februari 2026, termasuk visa lawatan, Umrah, transit serta visa keluar muktamad.
Menurut kementerian, individu terjejas boleh terus ke pintu keluar antarabangsa untuk berlepas tanpa perlu mendapatkan kelulusan tambahan. “Prosedur keluar akan diselesaikan di pintu keluar dan perkhidmatan ini disediakan tanpa sebarang bayaran bagi mereka yang memilih untuk pulang terus,” menurut kenyataan itu.

