Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Saudi beli dron Turkey semasa lawatan Erdogan

Jul 20, 2023 | 02:39 PM



RIYADH: Arab Saudi telah bersetuju untuk membeli dron buatan Turkey, iaitu salah satu daripada beberapa kontrak menguntungkan yang diperoleh Presiden Recep Tayyip Erdogan untuk ekonomi Turkey yang sedang terkial-kial, sedang Ankara meraih faedah daripada usaha diplomatiknya untuk membaiki hubungan dengan kuasa Arab Teluk.


Encik Erdogan dan Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman menghadiri majlis menandatangani perjanjian antara firma pertahanan Turkeyi, Baykar, dan Kementerian Pertahanan Arab Saudi, lapor agensi berita negara Arab Saudi SPA.


Encik Erdogan tiba di Jeddah pada Isnin untuk persinggahan pertamanya dalam satu siri rangka lawatan ke negara-negara Teluk.

Arab Saudi akan memperoleh dron itu “dengan tujuan meningkatkan kesediaan angkatan tentera dan memperkukuh keupayaan pertahanan dan perkilangan”, kata Menteri Pertahanan Putera Khalid bin Salman dalam satu tweet pada Selasa.

SPA tidak memberikan butiran mengenai nilai perjanjian itu tetapi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Baykar, Encik Haluk Bayraktar, berkata ia adalah kontrak eksport pertahanan dan penerbangan terbesar dalam sejarah Turkey.


“Kami menandatangani kontrak dengan Kementerian Pertahanan Arab Saudi untuk eksport dan kerjasama Bayraktar Akinci (kenderaan udara tempur tanpa pemandu),” katanya dalam catatan Twitter.

Pelaburan dan pembiayaan dari Teluk telah membantu mengurangkan tekanan ke atas ekonomi Turkey dan rizab mata wangnya sejak 2021, apabila Ankara melancarkan usaha diplomatik untuk membaiki hubungan dengan Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Turkey bertelagah selama bertahun-tahun dengan kedua-dua negara Teluk itu berhubung sokongan Ankara terhadap gerakan prodemokrasi di Timur Tengah dan Afrika Utara serta pembunuhan wartawan Arab Saudi Jamal Khashoggi di konsulat Arab Saudi di Istanbul pada 2018.

Dari Arab Saudi, Erdogan akan melawat Qatar pada Selasa, persinggahan kedua dalam siri jelajah Teluk pertamanya sejak dipilih semula pada Mei. Pada Rabu, beliau akan melakukan kunjungan ke UAE.

SPA berkata Encik Erdogan dan Putera Mohammed juga menghadiri majlis menandatangani pelan kerjasama pertahanan oleh Putera Khalid dan Menteri Pertahanan Turkey Yasar Guler.


Membangunkan industri ketenteraan tempatan merupakan sebahagian daripada rancangan bercita-cita tinggi oleh Putera Mohammed untuk mempelbagaikan ekonomi Arab Saudi.

Dalam satu kenyataan berasingan, Encik Baykar berkata perjanjian dengan Riyadh melibatkan kerjasama dalam pemindahan teknologi dan pengeluaran bersama “untuk memajukan keupayaan pembangunan teknologi tinggi kedua-dua negara”.

Dua negara itu juga menandatangani beberapa memorandum persefahaman dalam sektor tenaga, hartanah dan pelaburan langsung, kata SPA.


Pada Jun, Naib Presiden Turkey Cevdet Yilmaz dan Menteri Kewangan Mehmet Simsek berkunjung ke UAE untuk membincangkan “peluang kerjasama ekonomi” dengan rakan sejawatannya, dan mereka bertemu Presiden Sheikh Mohammed bin Zayed al-Nahyan, kata Ankara.

Defisit bajet Turkey melonjak tujuh kali ganda daripada paras tahun lalu pada Jun, manakala inflasi tahunan pada Jun hampir mencecah 40 peratus dan nilai lira hampir 29 peratus lebih lemah tahun ini. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >