Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Saudi benarkan hanya sekali umrah semasa Ramadan

Mar 20, 2024 | 02:35 PM



RIYADH: Kerajaan Arab Saudi mengumumkan larangan melaksanakan umrah secara berulang dengan mengehadkan mengerjakan umrah tidak lebih dari sekali ketika Ramadan dalam usaha mengurangkan kesesakan.


Kementerian Haji dan Umrah Saudi menyatakan bahawa tiada permit dikeluarkan untuk melakukan dua atau lebih umrah dalam Ramadan dan menggesa umat Islam agar mengerjakan umrah hanya sekali sahaja dalam bulan suci itu.

Kementerian menjelaskan bahawa sekatan tersebut bertujuan meredakan kesesakan, memberi peluang kepada orang lain untuk menunaikan umrah dan membantu pengurusan yang lebih cekap ketika waktu sibuk, lapor akhbar Arab Saudi yang dipetik oleh Gulf News.


Langkah berkenaan akan diperkenalkan melalui portal khusus bagi prosedur ibadah umrah iaitu Nusuk.

Ia akan mengeluarkan mesej pemberitahuan ralat kepada pengguna yang cuba memohon mendapatkan permit umrah untuk kali kedua.

Mesej itu menerangkan, permohonan mengerjakan umrah lebih dari sekali ketika Ramadan adalah dilarang bagi memberi peluang kepada anggota jemaah lain.

Ketika Ramadan, berlaku kebanjiran kehadiran umat Islam dari dalam dan luar Arab Saudi ke Masjidil Haram untuk menunaikan umrah dan solat.

Bagi menghadapi aliran jemaah yang ramai, pihak berkuasa Saudi telah memperkenalkan langkah untuk membantu jemaah menjalankan ibadah dengan lancar dan selesa.

Halaman tawaf di sekitar Kaabah dan di tingkat bawah masjid ditetapkan untuk jemaah umrah semasa Ramadan.

Agensi penguasa itu menggesa pengunjung lain supaya menggunakan tempat yang ditetapkan untuk solat, di masjid yang terbentang luas itu.

Pihak berkuasa telah menetapkan pintu tertentu masjid untuk jemaah masuk dan keluar bagi mengelakkan kesesakan.

Arab Saudi juga baru-baru ini memperkenalkan beberapa kemudahan untuk jemaah negara luar yang ingin menunaikan ibadah umrah.

Umat Islam yang memegang pelbagai jenis visa kunjungan seperti visa peribadi, lawatan dan pelancong, dibenarkan mengerjakan umrah dan melawat Raudhah, di mana makam Nabi Muhammad saw terletak di Masjid Nabawi di Madinah, selepas membuat tempahan kunjungan melalui talian.


Pihak berkuasa Arab Saudi juga melanjutkan visa umrah dari 30 hari kepada 90 hari dan membenarkan pemegangnya memasuki negara itu melalui semua saluran darat, udara dan laut serta keluar dari mana-mana lapangan terbang.

Sementara itu, jemaah wanita tidak lagi perlu diiringi oleh mahram lelaki.

Bagi mendapatkan permit untuk menunaikan umrah, jemaah boleh menggunakan aplikasi Nusuk.

Kementerian turut mengarahkan jemaah haji agar mematuhi tarikh dan waktu yang dijadualkan memandangkan mereka tidak boleh mengubahnya.

Bagi jemaah haji yang ingin melakukan sebarang perubahan, mereka perlu membatalkan permit sedia ada dan membuat permohonan semula. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >