Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Saudi gesa Pakistan halang rakyatnya mengemis guna visa umrah

Sep 25, 2024 | 12:48 PM
Arab Saudi telah meminta Pakistan supaya menghalang warganya daripada mengemis dengan berselindung di balik visa umrah.
Arab Saudi telah meminta Pakistan supaya menghalang warganya daripada mengemis dengan berselindung di balik visa umrah. - Foto REUTERS

ISLAMABAD: Arab Saudi telah membangkitkan kebimbangannya mengenai peningkatan bilangan pengemis Pakistan yang tiba dengan berselindung untuk mengerjakan umrah, dan meminta Islamabad menghalang mereka pergi ke negara Teluk itu.

Memetik sumber Kementerian Hal Ehwal Agama Pakistan, akhbar Express Tribune, melaporkan pihak berkuasa Arab Saudi juga memberi amaran jika keadaan tidak dikawal, ia boleh memberi kesan negatif kepada jemaah umrah dan haji dari Pakistan.

“Kementerian Haji Saudi telah mengeluarkan amaran kepada Kementerian Hal Ehwal Agama Pakistan, menggesa tindakan menghalang pengemis Pakistan memasuki negara itu dengan visa umrah,” kata akhbar tersebut.

Sebagai respons, Kementerian Hal Ehwal Agama Pakistan memutuskan akan memperkenalkan Akta Umrah yang bertujuan mengawal selia agensi pelancongan bagi memudahkan perjalanan umrah, meletakkan mereka di bawah pengawasan undang-undang.

Selain itu, Arab Saudi meminta pemerintah Pakistan mencari jalan untuk menghalang pengemis berkunjung ke Arab Saudi dengan bertopengkan ziarah agama.

Terdahulu, dalam satu pertemuan dengan Duta Arab Saudi, Encik Nawaf bin Said Ahmed Al-Malki, Menteri Dalam Negeri Pakistan, Encik Mohsin Naqvi, memberi jaminan bahawa langkah tegas akan dilaksanakan terhadap mafia yang bertanggungjawab menghantar pengemis ke Arab Saudi.

Menurut Encik Mohsin, Agensi Penyiasatan Persekutuan (FIA) telah ditugaskan untuk membanteras rangkaian itu yang merosakkan imej Pakistan.

Menurut Kementerian Pembangunan Sumber Manusia Pakistan, 90 peratus pengemis yang ditangkap di negara asing adalah warga Pakistan.

Sebulan lalu, FIA mengeluarkan 11 suspek pengemis daripada penerbangan menuju Arab Saudi di lapangan terbang Karachi.

Pada September 2023, 16 pengemis yang menyamar sebagai anggota jemaah dibatalkan penerbangan mereka menuju Arab Saudi. – Agensi berita.

Laporan berkaitan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg