Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Saudi izin akad nikah di Masjidil Haram, Masjid Nabawi

Jan 30, 2024 | 12:39 PM



MAKKAH: Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan, upacara akad nikah kini boleh dijalankan di dua tapak suci Islam – Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah.


Menurut Gulf News, yang memetik akhbar Saudi Al Watan, langkah itu adalah sebahagian daripada daya utama kerajaan Arab Saudi untuk memperkaya pengalaman jemaah haji dan pengunjung ke dua buah masjid suci itu.


Para pemerhati berkata inisiatif itu adalah peluang untuk syarikat menghasilkan idea inovatif untuk menganjurkan acara seumpama itu di tapak suci.

Seorang pegawai perkahwinan Arab Saudi, Encik Musaed Al-Jabri, menjelaskan bahawa menjalankan akad nikah di Masjid Nabawi adalah dibenarkan dalam Islam dengan menukil Nabi Muhammad saw diketahui telah mengadakan upacara perkahwinan seorang sahabat di masjid itu, lapor Middle East Monitor.


“Ada di antara mereka mempunyai tradisi mengundang saudara-mara pasangan yang bakal menikah.

“Selalunya, rumah keluarga bakal isteri tidak dapat menampung semua undangan. Jadi, akad nikah dijalankan di Masjid Nabawi atau Masjid Quba (masjid pertama dibina dalam Islam),” katanya lagi.

Akhir tahun lalu, Times of India melaporkan bahawa terdapat semakin ramai orang Islam yang kaya dari luar negara yang pergi ke Madinah untuk melangsungkan akad nikah mereka, sebelum menganjurkan majlis kenduri perkahwinan secara berasingan.


Bernikah di salah satu daripada dua masjid suci juga dilengkapi dengan faedah tambahan untuk dapat melakukan ibadah umrah yang boleh dilakukan sepanjang tahun. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >