Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Pasangan terpisah 51 tahun akhirnya berjodoh

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Pasangan terpisah 51 tahun akhirnya berjodoh

Nov 06, 2023 | 12:17 PM



IPOH (Perak): “Walaupun di penghujung usia kalau sudah jodoh tidak ke mana,” itu seloroh pesara kerajaan, Encik Abdullah Saleh yang memeterai ikatan perkahwinan bersama isteri, Cik Zabidah Abdul Aziz selepas terputus hubungan sejak 51 tahun lalu.


Encik Abdullah, 68 tahun , dan Cik Zabidah, 65 tahun, yang juga bekas rakan sekolah di sekolah menengah di Kampung Gajah, melangsungkan majlis pernikahan mereka sambil disaksikan keluarga dan anak masing-masing di Tambun di sini pada 28 Oktober lalu.

Pasangan warga emas berkenaan mendapat perhatian netizen selepas anak kedua Cik Zabidah, Cik Nurul Ashiqqin Mohamad Yunus, 36 tahun, berkongsi video pernikahan mereka di akaun TikToknya.

Berkongsi kisahnya, Encik Abdullah berkata dia mula berkawan dengan Zabidah sejak wanita berkenaan berusia 14 tahun dan mereka juga tinggal di kawasan berhampiran, namun ikatan itu terputus dan membawa haluan masing-masing.

Menurutnya, mereka kemudian mendirikan rumah tangga bersama pasangan masing-masing, namun dia turut mengakui sepanjang tempoh itu mereka tidak pernah berhubung atau terserempak biarpun ketika pulang ke kampung halaman.

“Saya boleh katakan Zabidah adalah wanita pertama mengetuk pintu hati saya, tetapi ketika itu kami masih muda dan tiada jodoh untuk kami meneruskan persahabatan. Kami menjalani kehidupan bersama pasangan terdahulu dengan baik.

“Sudah takdir pasangan kami meninggal dunia terlebih dahulu dan saya yang kematian isteri pertama empat tahun lalu cuba mencari semula Zabidah yang turut dikatakan sudah kematian suami sebelum kami kemudian kembali berhubung, Ogos lalu,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.


Katanya, enam anaknya turut bersetuju dengan keputusannya untuk kembali berumah tangga pada usia emas, namun mengakui kedua-dua isteri mempunyai tempat istimewa di hatinya.

“Saya terharu dan gembira apabila dapat bertemu kembali bekas rakan sekolah, malah kami juga bergelar suami isteri dengan menganggap ini jodoh pada penghujung usia dan kami kini saling menemani. Saya masih boleh memandu kereta dan alhamdulillah tiada penyakit jadi kami selalu keluar bersiar.

“Saya juga terharu dan berterima kasih dengan doa orang ramai di video TikTok itu dan saya turut bersyukur kedua-dua keluarga menerima kehadiran kami dengan baik. Doa saya semoga hubungan ini berakhir ke akhir hayat,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >