Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Saudi izin umrah bagi jemaah dari luar negara mulai 10 Ogos

Keputusan susuli kejayaan musim haji baru lalu yang dilaksana dengan selamat
Jul 27, 2021 | 5:30 AM
JALANKAN IBADAH PENUH SELAMAT: Jemaah yang memakai pelitup mengawasi jarak selamat semasa melaksanakan tawaf di Kaabah pada musim haji yang lalu. - Foto REUTERS
JALANKAN IBADAH PENUH SELAMAT: Jemaah yang memakai pelitup mengawasi jarak selamat semasa melaksanakan tawaf di Kaabah pada musim haji yang lalu. - Foto REUTERS -

MAKKAH: Arab Saudi mengumumkan ibadah umrah dibuka semula kepada jemaah dari luar negara, bermula 10 Ogos.

Menurut laporan Gulf News yang memetik Saudi Press Agency, pengumuman itu dibuat menyusuli kejayaan musim haji yang baru lepas tahun ini.

Ibadah umrah bagi rakyat Arab Saudi dan penduduk ekspatriat di negara itu sudah dibuka semula mulai kelmarin.

Presiden Ketua Umum Hal Ehwal Dua Masjid Suci, Abdul Rahman Al-Sudais, mengarahkan semua pihak supaya memuktamadkan persediaan untuk menerima jemaah meliputi umrah di Masjidilharam

Awal bulan ini, Kementerian Haji dan Umrah menggantung sementara permohonan untuk menunaikan solat dan ibadah umrah di Masjidilharam.

Ini bagi membolehkan jemaah menunaikan ibadah haji dengan lancar dan petugas menyelesaikan kerja sanitasi di Masjidilharam menjelang musim haji, tahun ini.

Sementara itu, menurut Twitter Haramain Sharifain, penerbangan langsung dibenarkan dari semua negara kecuali India, Pakistan, Indonesia, Mesir, Turkey, Argentina, Brazil, Afrika Selatan dan Lebanon yang dikehendaki pengunjung menjalani kuarantin selama 14 hari di negara ketiga, sebelum tiba di Arab Saudi.

Selain itu, mereka diwajibkan menerima vaksinasi Covid-19 lengkap, sama ada vaksin Pfizer, Moderna, AstraZeneca atau Johnson & Johnson (J&J).

Imunisasi lengkap membabitkan vaksin keluaran China pula dikehendaki berserta dos 'penggalak' sama ada suntikan Pfizer, Moderna, AstraZeneca atau J&J.

Seterusnya, dibenarkan untuk jemaah berusia 18 tahun dan ke atas, serta ketibaan melalui agensi umrah yang ditauliahkan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi. - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg