Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Saudi perjelas garis panduan pakaian jemaah umrah wanita

Sep 21, 2023 | 11:09 AM



RIYADH: Memandangkan peningkatan dalam jumlah jemaah umrah setiap tahun, Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi berasa perlu memperjelas garis panduan berkenaan etika pemakaian bagi wanita yang menunaikan ibadah umrah di Masjidil Haram.


Dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan melalui platform media sosial X, yang dikenalai sebagai Twitter sebelum ini, kementerian itu menjelaskan sedang kebebasan pemakaian kekal dihormati, terdapat garis panduan yang perlu dipatuhi.

“Adalah penting bagi wanita yang menunaikan ibadah memilih pakaian yang tidak hanya mencerminkan kesederhanaan, bahkan mematuhi etika Islam,” ujar kenyataan tersebut.

Pakaian yang dikenakan haruslah longgar, bebas daripada perhiasan menjolok mata dan menutup aurat wanita sepenuhnya.

Keputusan itu juga sebagai usaha pentingnya untuk memelihara kesucian Tanah Suci, tambah kenyataan itu.

Keputusan itu dibuat sedang Arab Saudi menyaksikan lonjakan besar dalam jumlah jemaah umrah.

Dengan anggaran kira-kira 10 juta umat Islam dari seluruh dunia dijangka menunaikan umrah di Masjidil Haram dalam tempoh dua bulan ini, adalah penting setiap jemaah memahami dan menghormati adat dan tradisi tempatan.

Musim umrah tahun ini mendapat sambutan luar biasa, terutama setelah berakhirnya sekatan pandemik Covid-19, yang mengehadkan jumlah jemaah haji kepada hanya 1.8 juta orang setiap tahun selama tiga tahun berturut-turut.

Ini menandakan antara tahun paling sibuk dalam sejarah Arab Saudi dari segi penerimaan jemaah.

Sebagai respons terhadap keperluan jemaah, pihak berkuasa Arab Saudi telah memperkenalkan serangkaian inisiatif baru.

Salah satunya ialah mempermudah proses permohonan visa, di mana pemegang visa peribadi, lawatan, dan pelancongan kini boleh dengan mudah menunaikan umrah serta melawat tempat suci lain, seperti Al Raudah Al Sharifa di dalam Masjid Nabawi, melalui pendaftaran dalam talian.

Sebagai tambahan, pihak berkuasa Arab Saudi melanjutkan tempoh visa umrah dari 30 ke 90 hari, memberikan lewbih fleksibiliti kepada jemaah untuk merancang kunjungan mereka.

Langkah-langkah ini, termasuk keputusan membenarkan jemaah wanita menunaikan umrah tanpa mahram lelaki dan membolehkan ekspatriat dari negara Majlis Kerjasama Teluk memohon visa tanpa memerlukan persetujuan berdasarkan profesion, menunjukkan komitmen Arab Saudi untuk memudahkan ibadah umat Islam di seluruh dunia.

Semua inisiatif ini menunjukkan dedikasi dan komitmen Arab Saudi dalam menyediakan persekitaran kondusif dan menghormati bagi jemaah dari seluruh dunia, sambil memastikan kesucian dan tradisi Tanah Suci dijaga sebaik-baiknya. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >