Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Saudi sedia kenderaan elektrik besar untuk tawaf semasa haji

Jun 12, 2024 | 2:17 PM
Kenderaan elektrik untuk membawa jemaah haji semasa mengerjakan tawaf mengelilingi Kaabah dan sai.
Kenderaan elektrik untuk membawa jemaah haji semasa mengerjakan tawaf mengelilingi Kaabah dan sai. - Foto FACEBOOK SAUDI EXPATRIATES

MAKKAH: Kira-kira 251 kenderaan elektrik besar, tersedia untuk beroperasi semasa musim haji 2024 di Arab Saudi, bagi memudahkan warga emas dan jemaah yang cacat fizikal melakukan ibadah tawaf mengelilingi Kaabah di Masjidil Haram.

Pihak Berkuasa Am bagi Penjagaan dan Pengurusan Dua Masjid Suci berkata perkhidmatan 24 jam itu juga akan membantu jemaah haji dengan mudah melakukan ibadah sai antara bukit Safa dengan Marwah, yang terletak di bahagian timur Masjidil Haram di kota Makkah.

Agensi berkenaan menambah, bahawa perkhidmatan itu akan disediakan di tapak yang ditetapkan bersebelahan lif di masjid dan jambatan di sekitar, lapor Gulf News.

Bayaran 100 riyal (kira-kira $36) dikenakan untuk perkhidmatan tawaf dan sai, manakala perkhidmatan troli ditawarkan secara percuma kepada jemaah yang cacat fizikal, tambah agensi itu.

Pihak Berkuasa Am bagi Penjagaan dan Pengurusan Dua Masjid Suci telah meletakkan 10,000 kereta manual untuk kegunaan di 20 tapak, sekitar kawasan masjid yang luas dan halamannya.

Pelan operasi berkaitan, bertujuan untuk memberi perkhidmatan kepada 35,000 orang setiap hari dan mencapai kadar operasi maksimum di tapak ia ditawarkan.

Lebih 2 juta umat Islam dari seluruh dunia dijangka mengerjakan haji yang dijadual bermula minggu ini. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg