Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Saudi sedia lebih 2.2j botol air zamzam untuk jemaah haji

Jun 25, 2023 | 5:23 PM
JEMAAH TIBA: Jemaah dari serata dunia yang melakukan ibadah haji pada 2023 sudah mula tiba di Makkah.
JEMAAH TIBA: Jemaah dari serata dunia yang melakukan ibadah haji pada 2023 sudah mula tiba di Makkah. - Foto REUTERS

MAKKAH: Arab Saudi bersedia untuk menyediakan lebih 2.2 juta botol air zamzam di bawah Projek Zamzam Raja Abdullah bin Abdulaziz, semasa musim haji 2023 ini sejajar dengan permintaan yang meningkat.

Ketua Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, Syeikh Dr Abdulrahman Al-Sudais, menggesa supaya menggandakan keupayaan pengeluaran maksimum air zamzam dalam botol hingga mencecah 200,000 botol sehari.

Beliau turut menggesa agar terus menjual botol air zamzam melalui kontraktor bertauliah.

Perkhidmatan ini bertujuan untuk mencapai misi projek dan sebagai usaha dalam melaksanakan arahan Penjaga Dua Masjid Suci, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud, untuk berkhidmat kepada Islam dan umat Islam, tegas Dr Al-Sudais.

Beliau menjelaskan lagi bahawa khidmat itu disediakan dengan tujuan untuk menyediakan air zamzam kepada jemaah haji dengan cara mudah dan beradab, menggunakan mekanisme automatik terkini merentasi peringkat pembersihan air sejak air keluar dari perigi sehingga sampai ke kilang.

Tambah Dr Al-Sudais, air itu kemudiannya secara automatik dibotolkan dalam bungkusan yang sihat dan selamat tanpa campur tangan manusia bagi memelihara kualiti dan keselamatan air zamzam, yang disediakan kepada jemaah haji.  – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg