Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Saudi siap santuni lebih 2j jemaah haji dari 160 negara

Jun 21, 2023 | 06:21 PM



JEDDAH: Lebih dua juta jemaah haji dari lebih 160 negara di seantero dunia akan menunaikan haji tahun ini, kata Menteri Haji dan Umrah, Dr. Tawfiq Al-Rabiah. 


Daripada jumlah itu, bilangan tempahan penerbangan bagi mereka yang datang untuk menunaikan ibadah haji berjumlah 1.7 juta, tambahnya dalam satu kenyataan selepas menyiarkan filem mengalu-alukan tetamu Allah di akaun rasmi kementeriannya. 

Beliau berkata jumlah kakitangan kesihatan yang berkhidmat untuk jemaah haji melebihi 32,000 orang. 

“Dalam beberapa hari, jutaan umat Islam dari seluruh dunia akan melaungkan talbiyah. Kerajaan dan rakyat Arab Saudi akan berusaha memudahkan pelaksanaan haji tanpa kerumitan untuk para tetamu Allah,” katanya.

Dr Tawfiq mengucapkan terima kasih kepada Penjaga Dua Masjid Suci – Raja Salman dan Putera Mahkota serta Perdana Menteri Mohammed bin Salman – atas perkhidmatan yang diberikan supaya para jemaah dapat melakukan ritual perjalanan iman mereka dengan mudah dan selesa.

Merujuk kepada sistem pengangkutan di tapak suci, Dr Tawfiq, berkata tapak suci Mina, Arafah dan Muzdalifa dihubungkan dengan sistem pengangkutan dan infrastruktur bersepadu. 

 “Para jemaah tanpa mengira kepelbagaian bahasa dapat merasakan kesyahduan, keselamatan, dan keseronokan yang kekal dalam ingatan mereka,” katanya sambil menyatakan bahawa kereta api elektrik Mashair yang mesra alam berada di barisan hadapan sistem yang mempunyai 17 tren dan sembilan stesen, dengan anggaran kapasiti operasi 72,000 penumpang sejam, selain kehadiran 24,000 bas yang kerap bergerak.

Menteri itu juga bercakap mengenai aturan terperinci yang dibuat untuk jemaah haji.

“Kepimpinan kami telah memanfaatkan sistem kesihatan, keselamatan dan perkhidmatan awam dan peralatan termaju, dengan keupayaan terbilang Saudi, di semua tapak terutamanya di Mina, yang merupakan bandar khemah terbesar di dunia, dengan keluasan melebihi 192,000 meter persegi,” jelasnya yang ditukil Saudi Gazette sebagai menyatakan demikian.


Dr Tawfiq menegaskan bahawa kementeriannya bekerja keras untuk memastikan keselesaan tetamu Allah dan untuk menikmati pengalaman bermakna dalam ibadah haji. 

“Pencapaian ini bukan hasil usaha beberapa hari, tetapi bertahun-tahun. Segala kemungkinan diterokai untuk merealisasikan keselesaan para tetamu Allah,” ujarnya lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >