Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Saudi lancar fasa kedua simulasi uji kecekapan sistem pengangkutan bagi musim haji

May 26, 2023 | 12:23 PM



JEDDAH: Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi melancarkan fasa kedua simulasi pengangkutan pada 23 Mei sebagai sebahagian persiapannya bagi musim haji 2023.


Latihan itu melibatkan lebih 3,000 bas dan dijalankan dengan kerjasama pihak berkuasa keselamatan dan kawal selia, serta lebih 10,000 pekerja.

Menteri Haji dan Umrah, Dr Tawfiq Al-Rabiah, berkata fasa kedua simulasi itu adalah sebahagian usaha kementeriannya untuk membuat persiapan bagi musim yang bakal menjelang, lapor Arab News.


Menurut beliau, menerusi simulasi itu, kementeriannya dapat menguji kapasiti operasi agensi dan syarikat-syarikat yang terlibat, keberkesanan sistem teknikal yang mengendalikan pergerakan jemaah haji dan kecekapan pekerja.

Sebagai sebahagian daripada persiapan yang dirancang, satu latihan sistem pengangkutan selama 15 jam akan dijalankan di bawah pengawasan kementerian itu dengan kerjasama beberapa agensi keselamatan.

Beribu-ribu bas milik 57 syarikat pengangkutan akan mengambil bahagian dalam latihan itu, yang akan menguji 37 laluan, 107 pejabat perkhidmatan dan 19 perniagaan yang menyediakan perkhidmatan di semua tempat ibadah.

Latihan simulasi itu akan menguji pergerakan jemaah haji dari Makkah ke Mina, kemudian pergerakan ke Arafah, termasuk dari arah Mina, diikuti perjalanan jemaah dari Arafah ke Muzdalifah, kemudian keluar dari Muzdalifah ke Mina.

Simulasi itu turut melibatkan pergerakan jemaah haji dari Mina ke Masjidil Haram untuk melakukan tawaf serta sai.

Kerajaan Arab Saudi telah menjalankan fasa pertama simulasi itu tiga bulan lalu, yang melibatkan pergerakan 1,300 bas dalam tempoh tiga setengah jam.

Dengan menjalankan latihan-latihan simulasi itu, Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi menyasarkan untuk meningkatkan kecekapan operasi dan memastikan kegiatan berkaitan hajinya mengikut piawaian keselamatan antarabangsa.

Pada masa yang sama juga, pihak berkuasa Arab Saudi mengadakan pertemuan untuk membincangkan pengurusan jemaah dan isu-isu lain.

Penolong Presiden, Ehwal Teknikal dan Perkhidmatan, Hal Ehwal Dua Masjid Suci, Encik Abdulaziz Ali Al-Ayoubi, berkata cabaran yang dihadapi pihaknya adalah memastikan kelancaran pergerakan jemaah ke tempat-tempat solat, terutama di Masjidil Haram dan pekarangannya.

Menurut beliau, pihaknya akan menggunakan kipas semburan khas untuk membantu menyejukkan jemaah semasa menjalankan ibadah mereka.

Beliau menggesa pegawai supaya bekerjasama, memastikan semua peralatan mempunyai alat ganti sekiranya berlaku kerosakan, dan mengawasi pemeriksaan berkala.

Encik Al-Ayoubi menambah bahawa pegawai juga harus memastikan jumlah pekerja yang mencukupi untuk tempoh haji.

Sementara itu, kumpulan pertama jemaah haji Indonesia selamat tiba di Madinah pada 24 Mei.

Menurut media Indonesia, mereka disambut Duta Besar Republik Indonesia ke Arab Saudi, Encik Abdul Aziz Ahmad, bersama Timbalan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Mohammed Abdurrahman Al-Bijawi.

“Indonesia mengirim paling ramai jemaah haji pada 1444/2023 ini, iaitu seramai 229,000 orang. Jumlah ini adalah jumlah jemaah haji Indonesia terbesar sepanjang sejarah,” kata Encik Abdul Aziz.

Jemaah haji Indonesia itu tiba melalui program yang dipanggil Fast Track (Makkah Route), satu perkhidmatan yang disediakan kerajaan Arab Saudi yang memudahkan pemeriksaan dokumen jemaah oleh pihak Imigresen Arab Saudi, yang dilakukan di negara asal jemaah.

Perkhidmatan Makkah Route ini bertujuan melancarkan pengurusan jemaah setibanya mereka di Arab Saudi.

Ia pertama kali diperkenalkan pada 2019 dan telah diterapkan di lima negara, iaitu Indonesia, Pakistan, Magribi, Malaysia, dan Bangladesh.

Tahun ini, inisiatif itu diperluaskan untuk menerapkan dua lagi negara iaitu Turkey dan Ivory Coast. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >