Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Saudi tahan saudara warga AS atas tuntutan saman mahkamah: Kumpulan hak asasi manusia

Jul 27, 2023 | 03:19 PM



RIYADH: Pihak berkuasa Arab Saudi telah menahan lima saudara seorang warga Amerika Syarikat (AS), kata kumpulan hak asasi manusia pada Rabu (26 Julai), atas alasan penahanan itu adalah sebagai tindak balas terhadap kegagalan tuntutan saman keluarganya terhadap kerajaan Saudi di AS.


Inisiatif Kebebasan, Demokrasi untuk Dunia Arab Kini (DAWN) dan ALQST untuk Hak Asasi Manusia berkata, pasukan keselamatan Saudi telah menahan empat saudara warga AS, Encik Rakan Nader Aldossari, pada 11 Mei lalu. Seorang bapa saudaranya pula ditahan lebih awal, pada 9 April, kata kumpulan itu dalam satu kenyataan.

Isteri datuknya, seorang ibu saudara dan dua lagi bapa saudaranya telah ditahan pada Mei dan ada yang ditahan dalam bilik tahanan yang dingin, tanpa selimut atau katil yang sesuai, tambah kenyataan itu.

Pejabat komunikasi kerajaan Saudi tidak menjawab e-mel untuk mendapatkan komen.

Pejabat pendakwa Arab Saudi telah mengemukakan pertuduhan ke atas kelima-lima orang itu di Mahkamah Jenayah Khas yang membicarakan kes keganasan, pada 12 Julai lalu, kata kumpulan itu lagi sambil menambah bahawa pihak berkuasa Saudi telah menghalang peguam tahanan daripada bertemu dengan mereka atau mendapatkan akses kepada pertuduhan terhadap mereka.

Bapa Rakan, Encik Nader Aldossari, seorang penduduk AS, berkata penyiasat memberitahu ahli keluarga yang ditahan bahawa mereka tidak akan dibebaskan melainkan kedua-dua Encik Nader dan anaknya, Rakan, yang berusia 15 tahun, kembali ke Saudi, menurut kenyataan itu. Kumpulan hak asasi itu telah menyenaraikan hubungan para tahanan dengan Rakan, dan menggesa Washington untuk campur tangan.

Keluarga Aldossari memfailkan tuntutan mahkamah di Pennsylvania pada 2020 terhadap kerajaan Saudi selepas pertikaian komersial yang berlarutan mengenai perjanjian pada 1994 untuk menubuhkan kilang penapisan minyak di Saint Lucia, sebuah Pulau Caribbean.

Kemudian pada tahun itu, mereka menamakan defendan tambahan kerajaan Saudi termasuk Putera Mahkota Saudi Mohammed bin Salman. Tuntutan itu ditolak kerana tiada bidang kuasa.

Abdullah Alaoudh, Pengarah Saudi untuk Inisiatif Kebebasan, berkata kes Aldossari adalah “contoh mengerikan penindasan transnasional oleh kerajaan Saudi”.

Pegawai Saudi menyatakan tiada kes tahanan politik di Arab Saudi.

Ketiga-tiga pertubuhan itu menggesa Washington supaya mendesak kerajaan Saudi membebaskan ahli keluarga Aldossari.

Jabatan Negara AS enggan mengulas mengenai kes itu.

“Amerika Syarikat secara konsisten menekankan kepada kerajaan Saudi kepentingan proses kehakiman yang adil dan telus,” kata jurucakap Jabatan Negara melalui e-mel.

“Kami juga telah menjelaskan bahawa kami mengambil serius laporan atau ancaman penindasan transnasional, terutamanya apabila melibatkan warga AS.” – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >