Topic followed successfully
Go to BHkuSaudi umum kalendar Haji 1448H, wukuf di Arafah jatuh pada 26 Mei
Saudi umum kalendar Haji 1448H, wukuf di Arafah jatuh pada 26 Mei
Arab Saudi buka semula visa Umrah mulai 31 Mei; larang slogan politik di Makkah, Madinah
May 18, 2026 | 10:44 AM
Saudi umum kalendar Haji 1448H, wukuf di Arafah jatuh pada 26 Mei
Seorang jemaah Haji menerima hadiah semasa tiba di stesen kereta api laju Haramain di Madinah menjelang musim Haji 1448H. Arab Saudi mengumumkan kalendar rasmi Haji serta memperketat peraturan keselamatan dan kawalan permit bagi memastikan kelancaran serta keselamatan jutaan jemaah di tanah suci. - Foto Instagraan Haramain
RIYADH: Arab Saudi mengumumkan kalendar rasmi musim Haji bagi tahun Islam 1448 Hijrah, termasuk tarikh penting berkaitan kemasukan jemaah, pengeluaran visa Umrah serta langkah keselamatan yang akan dilaksanakan sepanjang musim ibadah itu.
Mahkamah Agung Arab Saudi pada 17 Mei mengesahkan bahawa Isnin, 18 Mei, adalah hari pertama bulan Zulhijah selepas anak bulan berjaya dilihat di beberapa kawasan di negara itu.
Laporan berkaitan
Lebih 860,000 anggota jemaah haji tiba di SaudiMay 14, 2026 | 12:44 PM
Jemaah Palestin dari Tebing Barat mula berlepas tunai hajiMay 12, 2026 | 12:07 PM
