Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Saya bukan boneka DAP, bukan boneka mana-mana pihak: Anwar

Respons terhadap kenyataan Mahathir yang mendakwanya sebagai ikut telunjuk DAP dalam mentadbir Kerajaan Perpaduan
Jul 04, 2023 | 08:18 PM



PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau bukan boneka kepada mana-mana pihak dan tidak boleh dibeli dengan wang ringgit.


Perdana Menteri Malaysia itu berkata demikian bagi mengulas kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwanya sebagai mengikut telunjuk Parti Tindakan Demokratik (DAP) dalam mentadbir Kerajaan Perpaduan.

“Kata kita tunduk kepada DAP yang kuasai kerusi. Perdana Menteri saya. Saya bukan boneka sesiapa.

“Alhamdulillah umur akan mencecah 76. Saya tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. Kalau boleh dibeli dah melencong lama dah. Tetapi rakan-rakan sejawat itu penting dalam menjaga keharmonian.

“Saya bukan hendak pertahankan kawan-kawan DAP. Mereka dalam Jemaah Menteri sudah tujuh bulan. Ketua Setiausaha Negara (Tan Sri Mohd Zuki Ali) juga ada dalam mesyuarat itu. Belum sekali pun dia (menteri DAP) pertikai program untuk orang Melayu... untuk orang miskin ke... untuk Islam ke. Belum sekali dalam tujuh bulan ini.

“Jadi saya tidak mahu menghukum dan salahkan dia (DAP),” katanya berucap di majlis pelancaran Buku Adab Perbezaan Dalam Islam di Kompleks Islam Putrajaya, di sini pada Selasa.


Dalam kenyataan terbarunya, Dr Mahathir mendakwa DAP mempunyai pengaruh yang kuat dalam Kerajaan Perpaduan yang dipimpin oleh Datuk Anwar.

Bekas perdana menteri dan Ahli Parlimen Langkawi itu mendakwa kerajaan Datuk Anwar akan jatuh jika DAP menarik sokongan sekalipun hanya terdapat empat menteri daripada DAP dalam Kabinet tetapi dalam kerajaan terdapat 40 ahli DAP.

Datuk Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) dan Presiden  Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, Dr Mahathir tidak wajar meletakkan kegagalan sebagai Perdana Menteri Keempat dan Ketujuh kepada pihak lain.

“Kalau kamu yang gagal dulu, kamu pimpin berpuluh tahun, itu salah kamu. Bukan salah penyokong kamu.

“Mengapa ekonomi Melayu tidak terangkat sekarang? Mengapa semua mesti saya selesaikan dalam tujuh bulan? Dengan hutang RM1.5 trilion ($435 bilion), Tun Razak (Perdana Menteri Kedua) mula hutang, untuk apa? Buka Felda (Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan), jalan luar bandar, sekolah-sekolah baru. Itu keputusan baik yang saya sokong.

“Tapi hutang kemudian itu apa? Projek mega untuk disakau berbilion. Kemudian mahu kita pertahankan (negara) dengan guna Melayu dan Islam,” katanya, dipetik oleh Berita Harian Malaysia (BHM).


Datuk Anwar turut menegaskan selagi diamanahkan sebagai pemimpin, beliau tidak akan mengizinkan amalan ‘sakau’ duit dilakukan kalangan menterinya, termasuk juga dirinya.

“Yang sudah berlalu biar berlalu. Tidak usah cakap soal sejarah. Ramai yang terpalit. Tak usah cakap. Kalau saya tahu dalam rekod nak cari yang cukup bersih payah. Yang bercakap bersih ramai tapi yang menyakau terlalu ramai,” katanya.

Beliau juga akan terus mempertahan hak dan keadilan kepada semua warganegara Malaysia termasuk mereka yang bukan beragama Islam.

“Saya sebagai seorang Muslim tentunya ada tanggungjawab kepada Islam tapi saya juga tahu sebagai pemimpin di negara ini, saya akan pertahankan hak semua warganegara.

“Saya akan tetap meningkatkan syiar dan pastikan penghayatan Islam yang lebih bermakna dan tetap juga pertahankan hak dan keadilan setiap warganegara, termasuk yang bukan Islam,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >