Sejam Waktu Bumi (Earth Hour) anjuran Dana Kehidupan Liar Sedunia (WWF), merupakan usaha akar umbi sedunia demi menyatukan orang ramai agar mengambil tindakan terhadap isu alam sekitar demi melindungi bumi.
Sejam Waktu Bumi bermula hanya sebagai acara pemadaman lampu di Sydney, Australia, pada 2007.
Namun sejak itu, ia telah berkembang dengan melibatkan jutaan penyokong dari lebih 185 negara dan wilayah.
Acara itu memberi inspirasi kepada individu dan organisasi di seluruh dunia untuk mengambil tindakan demi alam sekitar dan membawa perubahan perundangan utama dengan memanfaatkan pengaruh hasil ramai individu bergabung tenaga dan suara.
Apabila acara itu semakin berkembang, acara pemadaman lampu selama sejam setiap tahun itu turut menjadi simbol komitmen yang lebih luas terhadap kelestarian alam semula jadi dan planet kita.
Singapura, juga turut terlibat dalam acara itu yang berlangsung pada 23 Mac, pada 8.30 malam hingga 9.30 malam, yang menyaksikan kawasan beli-belah di Orchard Road yang sibuk menjadi gelap.
Ini menunjukkan semangat padu Singapura mengikrarkan iltizamnya terhadap masa depan yang mesra iklim.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg