SPH Logo mobile
Langgan|

Umat Islam serata dunia siap sambut Ramadan

Umat Islam serata dunia siap sambut Ramadan

Mar 11, 2024 | 5:30 AM

Umat Islam serata dunia siap sambut Ramadan

Tanglung tradisional ‘Fanous’ dipaparkan di pasar di KahIrah, Mesir. Ramai yang menghiasi persekitaran mereka dengan hiasan seperti ini sebagai sebahagian daripada sambutan bulan puasa. Ramadan dijangka bermula pada 11 Mac di Mesir.
Tanglung tradisional ‘Fanous’ dipaparkan di pasar di KahIrah, Mesir. Ramai yang menghiasi persekitaran mereka dengan hiasan seperti ini sebagai sebahagian daripada sambutan bulan puasa. Ramadan dijangka bermula pada 11 Mac di Mesir. - – Foto EPA-EFE

Bulan Ramadan akan bermula pada 12 Mac di Singapura. Di seluruh negara, ibadah tarawih mula dilakukan malam ini, selepas solat isyak.

Negara-negara lain juga sejak lebih dua minggu lalu sudah mula membuat persiapan untuk menyambut bulan mulia.

Mereka membersihkan tempat-tempat berkumpul, menyediakan jualan barangan hiasan dan bekalan makanan, terutamanya daging.

Umat ​​Islam di seluruh dunia menyambut bulan suci Ramadan dengan berpuasa, berzakat dan meningkatkan amal ibadah.

Selain itu, masyarakat Islam sedunia juga menjalankan amal kebajikan seperti menderma makanan dan wang kepada mereka yang memerlukan.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg