Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MENJELANG PILIHAN RAYA UMUM MALAYSIA

Sejauh mana berkesannya rang larang AP lompat parti?

Nov 01, 2022 | 05:30 AM



PERBEZAAN antara Pilihan Raya Malaysia Ke-15 (PRU15) kali ini dengan yang sebelumnya adalah undang-undang lompat parti dikuatkuasakan lima hari lebih awal iaitu pada 5 Oktober - sebelum Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengumumkan pembubaran Parlimen bagi memberi laluan PRU15 diadakan.



Seperti yang termaktub dalam Perlembagaan (Pindaan)(No 3) Rang 2022, undang-undang antilompat (AHL) memberi suatu arah yang lebih baik dalam politik Malaysia.



Ia mengutuk pengkhianatan terhadap kepercayaan pengundi seperti yang terjadi semasa Gerakan Sheraton 2020, di mana beberapa Anggota Parlimen (AP) berpaling tadah daripada Pakatan Harapan (PH) yang memerintah, mengakibatkan kerajaan dibubarkan.



Sebenar, tindakan lompat parti ini sering terjadi dalam politik di Malaysia.



Kemunculan parti-parti serpihan seperti Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Amanah Negara (Amanah) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) boleh diistilahkan sebagai hasil daripada tindakan belot bertentangan dengan peruntukan dalam AHL.



Masalah yang timbul daripada tindakan itu adalah terjadinya peralihan imbangan kuasa dalam kerajaan, seperti yang terjadi di Terengganu (1961) dan Perak (2018) di mana beberapa tindakan berpaling tadah menumbangkan kerajaan negeri.



Intinya, perbuatan lompat parti boleh menumbangkan mandat yang diberikan para pengundi.



Sejauh mana berkesannya AHL ini untuk mengelakkan kejadian di mana para AP boleh berpaling tadah merubah keputusan yang dibuat oleh para pengundi?



Menghemati peruntukan dalam pindaan perlembagaan ini mencetuskan beberapa kepincangan terhadap rang tersebut yang terdedah kepada penyalahgunaan.



Sebuah parti politik boleh menggugurkan seorang AP mereka apabila yang berkenaan itu bertindak bertentangan dengan kepentingan partinya.



Menurut Fasal 49A(2)(c), seorang anggota Dewan Rakyat tidak lucut kedudukannya sebagai AP apabila dia digugurkan keanggotaan partinya.



AP yang digugurkan keanggotaan partinya bebas memilih mana-mana parti lain.



Namun, ini tidak harus dilihat sebagai satu kelemahan atau satu "laluan bebas" bagi AP untuk berpaling tadah kerana udang-undang itu sebenarnya adalah untuk melindungi hak kebebasan seorang AP pada suatu tahap tertentu.



Sekiranya peruntukan rang itu dibuat di mana seorang AP secara automatik kehilangan kerusi selepas disingkirkan oleh partinya, maka ia memberi Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Presiden Umno, kuasa mutlak ke atas partinya.



Terdapat juga bahaya apabila sebuah parti politik meminda perlembagaan partinya sendiri.



Sebagai contoh, Parti Tindakan Demokratik (DAP) telah meluluskan pindaan bahawa mana-mana anggota parti itu yang menjadi AP atau anggota dewan undangan negeri atau senator akan gugur keanggotaannya jika ia gagal mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pusat Eksekutif (CEC).



Bahayanya di sini adalah AP akan menjadi "kerbau dicucuk hidung" kepada parti dan hilang kebebasannya dalam mewakili kawasan undinya.



Undang-undang lompat parti ini juga masih mempunyai masalah ketara iaitu ia boleh melahirkan AP yang menjadi "pak turut".



Sistem whip di Malaysia berkesan dan amat kecil kemungkinan terjadinya kekecohan meluas di kalangan AP yang boleh menggugat kekuasaan kerajaan yang memerintah.



Kelemahan utama yang boleh disalahgunakan adalah peruntukan dalam antilompat parti ini tidak boleh dimansuhkan apabila sebuah parti politik menyertai perikatan atau keluar dari sebuah perikatan untuk menyertai perikatan yang lain.



AHL bertujuan untuk mewujudkan suatu budaya menghormati keputusan yang dibuat oleh para pengundi.



Harus diambil perhatian bahawa AHL dengan beberapa kelemahannya, adalah hasil daripada tolak ansur beberapa parti politik untuk meraih dua pertiga majoriti dalam Parlimen.



Kerana itu, banyak lagi yang perlu dilakukan bagi merapatkan jurang kelemahan itu dan memahami akan penguatkuasaan AHL dalam menangani iklim politik Malaysia yang tidak menentu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >