Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

SUSULAN GEMPA DI TURKEY DAN SYRIA

Sejuk, lapar dan rasa putus asa cengkam mangsa

Feb 11, 2023 | 05:30 AM



ANTAKYA (Turkey)/JANDARIS (Syria): Kesejukan, kelaparan dan rasa putus asa mencengkam ratusan ribu orang yang kehilangan tempat tinggal selepas gempa bumi melanda Turkey dan Syria Isnin lalu.



Memburukkan lagi keadaan, jumlah kematian di kedua-dua negara itu telah menghampiri 22,000 orang, mencecah 21,719 korban setakat 3 petang semalam.



Daripada jumlah tersebut, mangsa yang maut di Turkey mencapai 18,342 orang manakala di Syria pula, 3,377 orang maut.



Kejayaan pasukan penyelamat menarik keluar seorang budak lelaki berusia dua tahun selepas 79 jam terperangkap dalam runtuhan bangunan di Hatay, Turkey, sekali gus membangkitkan semangat dalam kalangan petugas penyelamat yang jelas keletihan.



Gempa bumi berukuran 7.8 magnitud berlaku awal Isnin lalu ketika orang ramai sedang tidur di wilayah di mana ramai yang telah mengalami kerugian dan perpindahan akibat perang saudara Syria.



Para petugas penyelamat di Turkey dan Syria menyedari bahawa harapan untuk menyelamatkan lebih ramai mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan bangunan menjadi semakin pudar bagi setiap jam berlalu - apatah lagi selepas melepasi tempoh tiga hari pertama yang dianggap kritikal untuk menyelamatkan nyawa.



Cuaca sejuk turut menghalang usaha mencari di kedua-dua negara.



Yang jelas, jumlah kematian di kedua-dua negara kini telah melepasi lebih 17,000 yang maut akibat gempa bumi yang sama kuat melanda barat laut Turkey pada 1999.



Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) dalam pada itu telah menyerahkan pakej bantuan pertama kepada penduduk Syria kelmarin.



Seorang wartawan agensi berita AFP melihat konvoi enam trak itu melintasi sempadan di barat laut Turkey.



Menurut Pertubuhan Migrasi Antarabangsa (IOM) dalam kenyataannya, penghantaran itu termasuk selimut, tilam, khemah dan barangan bantuan asas untuk menampung keperluan sekurang-kurangnya 5,000 orang.



Setiausaha Agung PBB, Encik Antonio Guterres, dalam pada itu menggesa Majlis Keselamatan PBB membenarkan pembukaan pusat bantuan kemanusiaan rentas sempadan baru antara Turkey dengan Syria.



Ketika ini, empat juta orang yang tinggal di kawasan yang dikuasai pemberontak terpaksa bergantung pada lintasan Bab al-Hawa sebagai sebahagian daripada operasi bantuan yang dibenarkan oleh Majlis Keselamatan PBB hampir sedekad lalu.



"Ini adalah saat untuk perpaduan, ia bukan berpolitik atau berpecah tetapi jelas bahawa kita memerlukan sokongan besar-besaran," katanya.



Dalam reaksi balas, Menteri Luar Turkey, Encik Mevlut Cavusoglu, berkata kelmarin pihaknya sedang berusaha untuk membuka dua lagi pintu sempadan bagi membolehkan penghantaran bantuan kemanusiaan kepada Syria.



"Pintu sempadan Cilvegozu sudah dibuka. Kami sedang berusaha untuk membuka dua lagi pintu... kami juga menyediakan sokongan yang diperlukan untuk bantuan sampai ke Syria," kata Encik Cavusoglu kepada pemberita di sidang media bersama yang turut dihadiri Naib Presiden Turkey, Encik Fuat Oktay, lapor agensi berita Xinhua.



Jurucakap Setiausaha Agung PBB, Cik Stephane Dujarric, berkata jalan menuju ke Lintasan Sempadan Bab al-Hawa dari Turkey ke utara Syria mengalami kerosakan hingga menyebabkan penghantaran bantuan ke barat laut yang dikuasai pemberontak terganggu buat sementara waktu.



Dalam pada itu, seorang pegawai Turkey berkata bencana kali ini bakal menimbulkan "kesulitan yang sangat serius" untuk mengadakan pilihan raya yang dijadualkan pada 14 Mei 2023 di mana Presiden Recep Tayyip Erdogan dijangka menghadapi cabaran paling sukar dalam tempoh dua dekad beliau berkuasa.



Dengan kemarahan yang memuncak atas kelewatan menghulur bantuan dan usaha menyelamat dijalankan, bencana itu berkemungkinan besar akan menjadi isu utama semasa pilihan raya jika ia diteruskan. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >