WASHINGTON: Amerika Syarikat menahan AS$65 juta ($86 juta) yang seharusnya diberi kepada agensi bantuan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bagi rakyat Palestin kelmarin, dua minggu selepas Presiden Donald Trump mengancam menghentikannya.
Pegawai Jabatan Negara menegaskan keputusan itu tidak diambil bagi mengenakan tekanan ke atas pemimpin Palestin, tetapi kerana Amerika mahu negara lain membantu membayar dan merombak Agensi Bantuan Kemanusiaan PBB (UNRWA).