Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sekatan pengunjung China: Tiada sebab Beijing harus bertindak balas

Jan 04, 2023 | 03:35 PM

WASHINGTON: Rumah Putih berkata tidak ada sebab Beijing harus bertindak balas terhadap Amerika Syarikat  dan negara lain yang telah mengenakan sekatan Covid-19 ke atas pengembaranya – menyatakan langkah itu wajar atas alasan kesihatan awam kerana China mengalami lonjakan kes jangkitan koronavirus.


“Tiada sebab untuk membalas dendam di sini. Hanya kerana negara di seluruh dunia mengambil langkah kesihatan yang bijak untuk melindungi rakyat mereka, itulah yang anda lihat daripada kami dan orang lain,” kata Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Cik Karine Jean-Pierre, semasa taklimat media pada Selasa  (3 Jan).


“Keputusan ini berdasarkan kesihatan awam dan sains,” katanya.

“Ini datang daripada pakar kami di sini dan negara lain.”


Amerika , Jepun, Perancis, Kanada dan negara lain memutuskan pelancong dari China perlu menunjukkan ujian negatif sebelum masuk ke negara dikunjungi. 


Sekatan baru Amerika berkuat kuasa pada Khamis (5 Jan).

Sementara itu, sebahagian besar daripada 27 negara anggota Kesatuan Eropah (EU) turut mahu penumpang yang datang dari China diuji secara sistematik untuk Covid-19 sebelum berlepas, kata Suruhanjaya Eropah pada Selasa. - Agensi berita.

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >