Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sekilas

Nov 17, 2020 | 05:30 AM



PM Britain kuarantin kendiri selepas kontak disahkan positif Covid-19



LONDON: Perdana Menteri Britain Boris Johnson sedang mengasingkan diri selepas seorang kenalan yang bertemu dengannya diuji positif bagi koronavirus Covid-19, kata seorang jurucakap kelmarin.



"Beliau akan terus bekerja dari Downing Street, termasuk memimpin respons pemerintah bagi pandemik koronavirus, kata jurucakap Downing Street itu.



April lalu, Encik Johnson dimasukkan ke hospital selepas beliau diuji positif bagi Covid-19. Kali ini, beliau difahami berada dalam keadaan baik dan tidak menunjukkan simptom Covid-19 itu, kata jurucakap tersebut.



Encik Johnson diberitahu supaya mengasingkan diri selepas beliau dihubungi menerusi skim Test and Trace atau Uji dan Jejak negara itu. - Reuters.




Pendakwah didenda 50 juta rupiah tidak patuhi aturan Covid-19



JAKARTA: Agensi Ketenteraman Awam Awam Jakarta (Satpol PP) telah mengenakan denda 50 juta rupiah ($4,735) ke atas pendakwah Islam Rizieq Shihab yang didapati tidak menuruti protokol kesihatan Covid-19.



Rizieq ialah ketua Barisan Pejuang Islam (FPI) dan pada hujung minggu lalu, telah menganjurkan acara awam yang menarik penyertaan ratusan orang.



Ketua Satpol Arifin berkata Rizieq telah melanggar peraturan jarak selamat yang bertujuan mencegah jangkitan Covid-19 dalam kalangan pihak awam.



Rizieq, yang sebelum ini pernah mengundang beberapa kontroversi lain, telah mengadakan majlis perkahwinan bagi anak perempuannya di Tanah Abang, di Jawa Pusat, pada hujung minggu lalu. Acara itu juga bertujuan memperingati maulidur rasul. - Reuters.




Gempa melanda Mindanao, Filipina



MANILA: Satu gempa sebesar 6.1 di skala Richter telah melanda perairan Mindanao di Filipina, kata Pusat Kaji Bumi Mediterranean Eropah (EMSC) semalam.



Gempa itu dirakam berlaku pada paras 15 kilometer.



Namun, gempa itu dijangka mencetus beberapa gegaran susulan, kata Institut Seismologi dan Gunung berapi Filipina (Phivolcs) dan menyebabkan kerosakan.



Institut itu berkata gempa itu, melanda pada 6.37 pagi di tenggara bandar San Agustin, Surigao Del Sur.



Filipina sering mengalami kegiatan gempa kerana kedudukannya di Lilitan Api Pasifik iaitu kawasan tektonik yang ditaburi gunung berapi dan kerap mengalami pergerakan Bumi. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >