Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sekilas

Jan 15, 2021 | 05:30 AM



Jawatankuasa WHO bertemu lebih awal bincang varian baru Covid-19



GENEVA: Jawatankuasa kecemasan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dijadual bermesyuarat semalam – dua minggu lebih awal – untuk membincangkan varian koronavirus baru dari Afrika Selatan dan Britain.



Varian itu telah menular dengan pantas ke sekurang-kurangnya 50 negara dan menimbulkan kecemasan.



Varian baru itu, yang nampaknya jauh lebih mudah dijangkiti daripada jenis yang muncul di China pada 2019, muncul sedang jumlah kes jangkitan tinggi memaksa banyak negara melaksanakan sekatan baru.



Jawatankuasa itu biasanya bertemu setiap tiga bulan tetapi WHO berkata ketua pengarahnya memutuskan untuk mengadakan pertemuan itu lebih awal “untuk mempertimbangkan isu-isu yang memerlukan perbincangan segera”. – AFP.




11 ditahan bantu 12 aktivis HK cuba larikan diri



HONG KONG: Polis Hong Kong telah menahan 11 orang kerana disyaki memberi bantuan kepada sekumpulan 12 aktivis prodemokrasi yang dituduh cuba melarikan diri dari bandar itu dengan menaiki bot ke Taiwan tahun lalu, lapor media dan aktivis setempat semalam.



Mereka yang ditangkap berusia 18 tahun hingga 72 tahun, menurut penyiar tempatan RTHK, termasuk lapan lelaki dan tiga wanita.



Daniel Wong, seorang peguam yang cuba menolong 12 orang yang ditahan di China Ogos lalu, adalah antara mereka yang ditangkap.



Media setempat berkata mereka yang diberkas itu disyaki membantu 12 penduduk Hong Kong yang menghadapi tuduhan berkaitan dengan tunjuk perasaan antipemerintah pada 2019, dalam percubaan mereka untuk melarikan diri tahun lalu. - Reuters.




China lapor kes kematian Covid-19 pertama dalam 8 bulan



BEIJING: China melaporkan kes kematian akibat Covid-19 semalam, kes pertama dalam tempoh lapan bulan sedang negara itu berusaha mengatasi lonjakan kes dan bersedia menerima pakar Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).



Wilayah di China sebahagian besarnya berupaya mengawal penularan jangkitan menerusi pelaksanaan perintah berkurung yang ketat dan ujian saringan besar-besaran.



Bagaimanapun, sejak beberapa minggu lalu, terdapat peningkatan kes terutama di bahagian utara negara itu.



Sebanyak 138 jangkitan baru direkodkan Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan semalam - angka harian tertinggi sejak Mac tahun lalu.



Tiada perincian mengenai kematian terbaru oleh pihak berkuasa kesihatan kecuali kejadian dilaporkan di wilayah Hebei, dengan pemerintah meletakkan beberapa bandarnya di bawah perintah berkurung. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >