Sekilas, Berita Dunia - BeritaHarian.sg
Subuh
5:33
Syuruk
6:57
Zuhur
12:59
Asar
4:23
Maghrib
6:59
Isyak
8:14
Suatu Ketika di Singapura
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia0

Sekilas

Jan 23, 2021 | 05:30 AM

Brazil nantikan 2 juta dos vaksin dari India

BRASILIA: Pemerintah Brazil memaklumkan penghantaran dua juta dos vaksin Covid-19 AstraZeneca-Oxford dijangka tiba ke negara itu dari India, sekali gus menjadi penggerak kepada program vaksinasi Brazil.

"Dua juta dos vaksin AstraZeneca dijangka tiba di Brazil pada lewat tengah hari Jumaat," kata Kementerian Kesihatan Brazil dalam satu kenyataan kelmarin.

Sebelum ini, vaksin itu dijangka tiba di Brazil minggu lalu.

Presiden Brazil Jair Bolsonaro menyalahkan 'tekanan politik' ke atas kepimpinan India Perdana Menteri Narendra Modi yang mengutamakan vaksin di negara sendiri, sebagai punca kelewatan itu.

Halal Home Based Business
OKathira!

Air kathira luar biasa. Banyak inti, tak rugi!

Savour The Flavour by Chef Im

Savour The Flavour ingin menyajikan makanan yang berkualiti...

Ms Lid's Packed Bento

Set bento untuk sumbangan atau delivery ke rumah

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Brazil negara kedua paling teruk di dunia dilanda koronavirus selepas Amerika Syarikat dengan merekodkan lebih 214,000 kematian dalam kalangan 212 juta penduduk negara itu. - Agensi berita.


EU pertimbang sekatan perjalanan lebih ketat

BRUSSELS: Pemimpin Kesatuan Eropah (EU) 'amat tidak menggalakkan' warga Eropah melakukan perjalanan tidak penting, dan mempertimbang mengenakan sekatan perjalanan lebih ketat, dalam tempoh beberapa hari akan datang, bagi mengekang penularan Covid-19.

Ketua EU Ursula von der Leyen dan Charles Michel memberi peringatan itu selepas sidang maya selama empat jam membabitkan 27 negara blok itu, membincangkan tindak balas terhadap gelombang kedua pandemik di Eropah.

Peringatan itu juga atas kebimbangan penularan varian koronavirus yang lebih mudah berjangkit, yang berisiko melonjakkan kes baru dan memberi kesan pada hospital seperti yang berlaku di Britain.

"Semua perjalanan tidak penting amat tidak digalakkan, sama ada di dalam negara atau merentasi sempadan (dalam EU)," kata Cik von der Leyen yang juga ketua Suruhanjaya Eropah, di sidang media kelmarin. - Agensi berita.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map