Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PILIHAN RAYA UMUM MALAYSIA

Sekilas

Nov 12, 2022 | 05:30 AM



Syed Saddiq isytihar aset bersih lebih RM1.9j



MUAR:Calon Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) di kerusi Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, tampil mengisytiharkan hartanya dengan nilai aset bersih sebanyak RM1.9 juta ($0.57 juta).



Presiden Muda itu berkata pengisytiharan harta dimilikinya setakat 30 September lalu itu dibuat mengikut Akta Akuan Berkanun 1960, lapor Berita Harian Malaysia.



Katanya, kebanyakan aset itu diperoleh sebelum dan selepas beliau menyertai politik, termasuk ketika memegang jawatan sebagai Menteri Belia dan Sukan di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH) lalu.




Fuziah buat laporan polis tentang komen berbaur seksual



KUANTAN:Cik Fuziah Salleh dari Pakatan Harapan (PH) berkata beliau tidak akan bertolak ansur dengan sebarang bentuk gangguan seksual selepas menerima komen yang menghina ketika berkempen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).



Calon Parlimen Kuantan itu berkata kakitangan kempennya telah membuat laporan polis berhubung komen berkisar seksual yang menyinggung perasaan semasa beliau membuat siaran langsung pada Rabu lalu.



"Saya okay kalau awak tak suka saya. Tetapi saya tidak akan menerimanya jika anda mengganggu saya. Saya tidak akan ambil mudah apabila ada pihak yang menggunakan perkataan sebegitu," kata Cik Fuziah. - The Star.




Pasukan perangi berita palsu di media sosial ditubuh



KOTA BHARU:Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOM) telah membentuk satu pasukan petugas berkuat kuasa serta-merta bagi memantau berita palsu di media sosial semasa pilihan raya umum ke-15 (PRU15).



Menteri sementaranya, Tan Sri Annuar Musa, berkata pasukan itu terdiri daripada lebih 100 anggota Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).



"Polis telah membuat permohonan kepada saya supaya pasukan petugas ini dibekalkan dengan peralatan yang diperlukan untuk memerangi berita palsu di media sosial dan saya telah meluluskan ini," katanya," lapor Malay Mail.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >