Sekilas perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan kerajaan Malaysia
Mar 18, 2020 | 05:30 AM
Di bawah Perintah Kawalan Pergerakan 18 - 31 Mac 2020
6 arahan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan ini:
- Larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya
- Sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara
- Sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara
- Penutupan semua taska, sekolah kerajaan dan swasta dan institusi pendidikan rendah, menengah dan pra-universiti yang lain
- Penutupan semua Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Awam dan Swasta serta Institut Latihan Kemahiran
- Penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara