Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sekitar 100 terbunuh dalam kebakaran di pesta kahwin di Iraq

Sep 27, 2023 | 04:28 PM



HAMDANIYA (Iraq) : Kebakaran di sebuah majlis perkahwinan di utara Iraq telah membunuh sekurang-kurangnya 100 orang dan mencederakan 150 yang lain, menurut agensi berita negara Iraq INA, memetik pihak berkuasa tempatan.


Bencana di daerah Hamdaniya di timur laut wilayah Nineveh itu, berpunca daripada bunga api, lilin dan bahan lain yang digunakan semasa perayaan perkahwinan, kata Pertahanan Awam Iraq.

Gabenor Nineveh, Encik Najm Al-Jubouri, memberitahu agensi berita INA bahawa mereka yang cedera telah dipindahkan ke hospital di Nineveh dan wilayah Kurdistan.


“Belum ada pengiraan akhir mengenai kematian dan kecederaan,” kata Al-Jubouri, lapor INA.


Video dari tempat kejadian menunjukkan asap tebal berkepul-kepul keluar dari Dewan Perkahwinan Al Haytham, manakala orang ramai dan ambulans berkumpul di luar.

Seorang tamu majlis perkahwinan itu memberitahu media tempatan, bahawa pasangan pengantin selamat tetapi amat sedih.

“Pengantin baik-baik saja. Saya baru sahaja bersama mereka, tetapi keadaan mereka sangat teruk akibat apa yang berlaku ke atas para undangan,” kata tamu itu kepada saluran swasta Iraq, Alawla TV.


Dewan perkahwinan di mana kebakaran berlaku, ditutup dengan panel Ecobond – bahan yang mudah terbakar – melanggar peraturan keselamatan, menurut Pertahanan Awam Iraq, lapor INA.


“Kebakaran itu menyebabkan bahagian dewan runtuh cepat, hanya dalam beberapa minit apabila kebakaran berlaku,” kata kenyataan Pertahanan Awam.

Perdana Menteri, Encik Mohammed Shiaa Al-Sudani, telah mengarahkan kabinetnya untuk membantu mereka yang terjejas oleh kebakaran, menurut satu kenyataan dari pejabatnya.

Pemimpin Iraq itu telah berhubung dengan gabenor Nineveh melalui telefon mengenai kejadian itu dan mengarahkan mobilisasi penuh untuk membantu mangsa, menurut pejabatnya dan INA.


Misi Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk Iraq, merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga mereka yang terbunuh dan cedera dalam bencana pada Selasa itu, sambil menyifatkan kejadian itu sebagai “tragedi besar”.

“Terkejut dan terhiris dengan kehilangan nyawa yang mengerikan dan kecederaan dalam kebakaran,” kata misi itu di X, yang dahulunya dikenali sebagai Twitter. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >