Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sekolah di tiga daerah Johor masih ditutup

Sep 16, 2019 | 05:58 PM



JOHOR BARU - Sekolah-sekolah yang terletak di daerah Pontian, Muar dan Tangkak akan terus ditutup akibat jerebu yang menyebabkan mutu udara mencapai paras kurang sihat.



Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal mengatakan bahawa sekolah-sekolah di daerah yang terjejas akan ditutup sehingga bacaan Indeks Pencemaran Udara (API) mencapai taraf bawah 200.



“Penduduk awam harus menggunakan pelitup apabila mereka di luar pejabat atau rumah mereka untuk melindungi diri daripada sebarang penyakit yang boleh dihidapi akibat cuaca jerebu,” katanya selepas merasmikan program penghargaan Rukun Negara yang diadakan di Sekolah Mengengah Kebangsaan Tasek Utara di Johor Baru.



Menurut akhbar dalam talian, The Star, 300 sekolah dan sekolah tadika ditutup di daerah Muar, Tangkak dan Pontian akibat keadaan Jerebu yang mencapai taraf ‘Tidak Sihat’ sehingga ia menjejas sebanyak 90,000 pelajar.



Tambahan pula, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Encik Azman Adnan mengumumkan bahawa semua sekolah di daerah kawasan atau daerah yang terjejas akan ditutup dengan segera jika bacaan API melebihi 200. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >