Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sekutu Nato setuju belanja ‘sekurang-kurangnya 2%’ GDP untuk pertahanan: diplomat

Jul 8, 2023 | 7:00 PM
PERKUKUH PERTAHANAN NEGARA ANGGOTA: Foto fail menunjukkan para pegawai menghadiri acara menaikkan bendera Nato susulan keanggotaan Finland ke dalam pertubuhann itu di ibu pejabat Nato di Brussels, Belgium pada 4 April 2023.
PERKUKUH PERTAHANAN NEGARA ANGGOTA: Foto fail menunjukkan para pegawai menghadiri acara menaikkan bendera Nato susulan keanggotaan Finland ke dalam pertubuhann itu di ibu pejabat Nato di Brussels, Belgium pada 4 April 2023. - - Foto REUTERS

BRUSSELS: Sekutu Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) telah mencapai persetujuan untuk meningkatkan sasaran pakatan itu bagi perbelanjaan ketenteraan kepada sekurang-kurangnya 2 peratus daripada hasil keluaran dalam negara kasar (GDP) negara, dua diplomat memberitahu Reuters lewat Jumaat (7 Jul).

Kesemua 31 sekutu itu bersetuju dengan “komitmen kekal untuk melabur sekurang-kurangnya 2 peratus daripada GDP mereka ke dalam tentera mereka pada masa hadapan, kata dua diplomat, bercakap dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan dan mengesahkan laporan awal oleh agensi berita Jerman, DPA.

Persetujuan mengenai sasaran perbelanjaan baharu itu merupakan salah satu isu tertunggak menjelang sidang kemuncak Nato selama dua hari pada Selasa dan Rabu minggu depan di Vilnius, ibu kota Lithuania.

Setiausaha Agung NATO, Encik Jens Stoltenberg, berhasrat untuk menjadikan sasaran perbelanjaan tentera Nato semasa sebanyak 2 peratus daripada GDP negara sebagai keperluan minimum dan bukannya matlamat untuk disasarkan.

Pada 2023, malah sasaran lama akan dicapai oleh hanya 11 daripada 31 anggota perikatan itu, menurut anggaran Nato. Matlamat itu ditetapkan pada 2014, apabila pemimpin NATO bersetuju untuk meningkatkan perbelanjaan ke arah 2 peratus daripada GDP mereka untuk pertahanan dalam tempoh satu dekad.

Kesemua 11 sekutu yang dimaksudkan ialah Amerika Syarikat, Britain, Poland, Greece, Estonia, Lithuania, Finland, Romania, Hungary, Latvia dan Slovakia.

Di belakang ialah Canada, Slovenia, Turkey, Sepanyol, Belgium dan Luxembourg, yang perbelanjaan pertahanannya berada di bawah 1.4 peratus daripada GDP. - Reuters

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg